Wednesday, February 25, 2009

AQIDAH,sumber ilmu yang makin ditinggalkan...

Bismillah Walhamdulillah,
kali ini penulis ingin mengajak para pembaca semua sama-sama menelusuri satu cabang ilmu yg menjd asas kpd persoalan kehidupan,seterusnya menilai kembali roh tauhid dlm diri.

kitab yg penulis paparkan diatas adalah kitab karangan Syeikh Ahmad Zain iaitu Tok Guru kpd Tok Kenali,ulama terkenal Kelantan.

Alhamdulillah,penulis telah khatam kitab ni dgn Tok Guru penulis iaitu Tok Guru Hj Abd Hamid bin Hj Daud,mudir Pondok Seligi,Pasir Puteh,Kelantan.ada masa,para pembaca pergilah belajar di sana.anda semua akan mendapat tarbiyah dan didikan ilmu secara langsung dr Ulama yg ikhlas dlm perjuangan.

kata Tok Guru penulis,Syeikh Ahmad Zain mempunyai sebanyak 50 jenis ilmu pelbagai bidang manakala Tok Kenali dpt mencedok drnya sebanyak 25 sahaja.tupun Tok Kenali dah jd Tok Wali besar,gurunya makin lagi la...

apa yg menjd fokus penulis ialah dlm syarah kitab ni membicarakn persoalan mcm mana kita nak kenal Allah Taala selaku pencipta kita melalui syarahan usul sifat 20.
banyak dibahaskan tentang sifat-sifat wajib bg Allah,sifat-sifat mustahil dan sifat harus bg Allah.begitu juga yg mnjd persoalan bg Rasul.semuanya dibahaskan secara terperinci dlm kitab ni.

tapi malangnya ada sesetengah dr kita yg mengatakan bidah belajar sifat 20,xwajib belajar dan mcm2 lg la.walhal yg mempelopori aqidah ahli sunnah wal jamaah ini ialah Imam Abu Hasan Asy'ari dan dikembangkan oleh ank muridnya Imam Abu Mansur al-Maturidi.
jd,golongan yg menolak belajar sifat 20 seolah-olah menolak mereka ini.kita ingin brtanya mereka balik,kalu xwajib belajar sifat 20,macam mana pula utk kita nak kenal Allah Taala???cukup dgn Surah Al-ikhlas tu ke??

MasyaAllah,nilah fenomena yg berlaku sekarang..diri anda pula bagaimana???
banyak lg kitab2 aqidah yg lain spt Misbahul Munir,Durussamin,Usul tahkik,Bakurah dan lain2 yg boleh dipelajari khasnya di pondok-pondok.Alhamdulillah,penulis juga ditarbiyah agar menyampaikan ilmu yg ada walaupun sikit.

kata Tok Guru penulis,kalau kita nak tunggu diri kita alim dulu baru nak baca kitab kat orang berapa ramai umat Islam akan sesat khasnya pd bab aqidah selama kita nak tunggu alim??cth,mengaji dulu 10 tahun lepas tu baru mengajar.dlm tempoh waktu tu,berapa ramai manusia akn hidup dlm kegelapan?sedangkan kaedah Tok Guru penulis ialah sambil mengaji sambil mengajar.

zaman sekarang,kita xada masa krn umat memerlukan kita yg ada kesedaran utk kembali membentuk mereka ke jalan Allah..kitalah sumbernya.jika bukan kita,SIAPA LAGI???

Sunday, February 22, 2009

SENDIRI MAU INGATLAH...

Bismillah Walhamdulillah,
sekadar perkongsian dgn shbt2 ahli jemaah sekalian,sama-sama kita renungkan......

kita mengaku diri sebagai pejuang,
tapi apa yg kita perjuangkan sebenarnya....

bercakap nak membela Islam,
tapi amalan sebagai org Islam xada dlm diri kita....

bercakap berdegar-degar,keluar hadis,keluar ayat quran,
tapi ayat al-quran sebagai paksi aqidah pun tak tahu....

meeting bersemangat,buat program banyak,
tapi solat malas nak mampus dikerjakan secara berjemaah....

perasan diri hebat,banyak ilmu,boleh memimpin,
tapi xsedar tu tipu daya syaitan yg menyesatkan....

dah tau cabaran utama pejuang adalah wanita,
tapi masih ada ahli jemaah yg hidup lalai dgn mainan cinta remaja....

dah tau diri kita cetek ilmu,
tapi xada usaha nak belajar pun,banyak melepak ada la,
nak dengar kuliah di masjid pun xmahu....

ramai tertipu bilamana di kampus,rajin mendengar kuliah,rajin gi masjid,
tapi start je cuti U,bila dah duduk kat rumah,
x lagi solat berjemaah,dgn alasan masjid jauh tapi azan kedengaran....
pelik kan???

inilah realiti ahli jemaah yg perasan nak jd Pejuang....anda setuju?