Friday, November 13, 2009

Renungan Unta Uhud

Suatu malam, ketika mana hati saya diselubungi sedikit kesedihan, saya membelek kitab lama saya dahulu. Entah kenapa, saya terpaku pada kisah seorang sahabat Nabi. Saya terkesan sekejap dengan cerita syahidnya seorang sahabat Rasulullah yang bernama Ammar. Ammar seorang yang tempang, justeru bila tercetusnya perang Uhud, dia dikecualikan daripada berjihad.

Ammar mempunyai 4 orang anak dan kesemua mereka hadir bagaikan perwira ke medan perang. Isteri Ammar pula betapa kasihkan suaminya agar syahid di medan perang, menggesa Ammar untuk turut serta ke Uhud. Kerana isterinya sedar, betapa ganjaran yang bakal Allah kurniakan kepada seorang isteri yang mana suaminya syahid di jalan Allah.

Ammar yang menyahut seruan isterinya terus mengambil senjata dan menghadap kiblat seraya berdoa “ Wahai Allah, jangan Engkau biarkan aku kembali lagi kepada keluargaku ”. Terus, dengan semangat cintakan syahid, Ammar mara ke medan Uhud dengan penuh berani.

Dia berjuang bermati-matian sehinggalah gugur syahid. Apabila sampainya berita kematian Ammar, isterinya datang membawa seekor unta untuk membawa mayat suaminya pulang. Yang peliknya, unta tersebut enggan berdiri. Bila dipukul dan disebat dengan begitu kuat sekali, unta itu hanya sekadar berdiri tetapi tetap enggan pulang ke kota Madinah sebaliknya merenung penuh kesayuan ke medan Uhud.

Sakitnya pukulan itu bukan kepalang, namun unta itu tetap enggan. Cumanya, unta itu merenung medan Uhud masa demi masa, penuh kesayuan,penuh kerinduan. Seolah-olah sesuatu menghalang unta itu daripada meninggalkan medan Uhud. Seolah di sana tersimpan kenangan yang cukup keramat.

Berita itu dikhabarkan kepada baginda Rasulullah dan Nabi menjawab agar para sahabat bertanyakan isterinya apakah yang dilakukan oleh suaminya sebelum bertolak ke medan Uhud kerana unta itu memang diperintahkan agar tidak meninggalkan medan Uhud.

Isterinya lalu memberitahu Rasulullah bahawa suaminya menghadap kiblat dan berdoa agar tidak balik lagi ke pangkuan keluarganya. Maka Nabi menjawab lembut “ kerana itulah unta itu enggan balik ke rumahnya ”.

Saya terus terkenangkan kisah saya. Penuh kesayuan, saya merenung kembali beberapa kisah manis buat saya yang sukar saya tinggalkan. Saya seolah-olah seperti tabiat kisah unta Uhud yang enggan meninggalkan medan Uhud. Dan saya enggan meninggalkan kenangan manis ini.

Namun, akhirnya saya terpaksa membawa jasad saya pergi dan saya tinggalkan kenangan manis itu dalam bungkusan perasaan yang di balut rapi. Tiada sesiapa yang bisa membukanya. Tiada sesiapa. Itulah kesedihan saya.

Wednesday, November 11, 2009

Sudah Tiba Kunjungan Ini...

Saya memulakan madah ini dengan secebis perkongsian yang tak seberapa. Ianya cukup dhaif. Apapun, rahsia buat diri saya yang menempuh perjalanan menuju kepada Allah terletak di sini. Ilmu yang digali dari dada para ulama saya genggam erat dalam diri. Saya renung benda ini semua sebagai satu ‘ warning ’ buat diri yang sentiasa mengintai ruang untuk melakukan maksiat kepada Allah. Sejahat-jahat maksiat bagi saya adalah maksiat kejahilan. Dosanya tak terampun kecuali dengan jalan belajar.

Justeru, saya merasakan saya yang jahil walaupun terdengar di telinga saya kononnya saya mengaji banyak ilmu. Rupanya, saya sedari itu tipuan syaitan yang menyesatkan. Acap kali tuan guru saya nasihatkan saya “ tak kanlah syaitan itu bodoh ”. Bermakna, dengan apa cara sekalipun syaitan akan tipu kita dan saya sedari saya banyak jatuh terperangkap. Wahai Allah, ampunilah dosa hambaMu ini, sentiasalah pimpin aku dalam dakapan hidayahMu dan kasih sayangMu.

Renungan inilah yang menjadi satu titik tolak kepada saya untuk membina rasa takut kepada Allah. Saya cuba terbayangkan andainya akulah Wahai Allah yang menjadi mangsa perhitungan kejahatan di Akhirat yang Maha Dahsyat, gerunnya aku. Mengenangkan begini, saya menangis. Hari Perhitungan menanti kita. Semakin hari,semakin hampir saatnya. Bayangkan, kalau kita hidup penuh beragama, tiba-tiba saat ajal datang hati kita berpaling dari iman, bagaimanakah nasib kita?

Nabi bersabda “ saat penentu mulia dan celakanya seseorang hamba adalah ketika nyawa di hujung halkumnya ”. Di sinilah, perlunya muhasabah untuk kita. Maafkan saya, berkongsi ilmu serba sedikit monolog saya dengan Allah untuk satu hari yang kunjung tiba. Saya mengaminkan doa bismillah,justeru dalam samar-samar cahaya malam kita berqiamullail, kita kunyah bersama.....

Wahai Abdullah, sedarkah kamu bilamana sampainya ajal kamu, saat itu tidak akan dilewatkan atau dicepatkan hatta sesaatpun. Renggutan dari Izrail boleh jadi renggutan yang penuh kasar dan keras hingga berkerut penuh kesakitan si mangsa tetapi boleh jadi juga tarikan kasih sayang yang penuh dengan kelembutan, itupun sakitnya seperti 300 kali tetakan pedang secara hidup-hidup.

Kamu memilih yang mana?

Wahai Abdullah, tahukah kamu andainya tidak ada malaikat yang memegang kamu ketika rohmu dicabut keluar, nescaya kamu menggelupur bagaikan binatang yang disembelih?

Wahai Abdullah, perpisahan roh dan jasad adalah suatu yang amat memeritkan. Rasulullah sendiri ketika mana rohnya ditarik sampai ke lutut, sakitnya tidak terperi. Berpeluh dahi baginda. Bila ditarik lagi, Jibril memalingkan muka tidak sanggup melihat kekasih Allah sakit demikian rupa, bagaimanakah kamu pula yang penuh dengan bebanan dosa dan maksiat? Bahkan,kamulah kaki maksiat sebenarnya. Maksiat kejahilan.

Wahai Abdullah, ada roh yang diterima naik untuk bertemu Allah, tetapi ada juga yang dipalu dan ditendang keluar ke bumi kerana kecacatan aqidahnya kepada Allah, kamu bagaimana?

Wahai Abdullah, roh orang beriman akan disambut oleh malaikat dengan wajah yang berseri-seri. Mereka pakaikan roh itu dengan pakaian syurga dan bau-bauan syurga. Tiap kali melintasi pintu langit, malaikat penjaga langit menyambutnya dengan gembira hinggalah bertemu Allah. Roh itu dikembalikan ke dalam jasadnya dan menjawab persoalan munkar dan nakir dengan mudah. Dibentangkan baginya permaidani dari syurga dan dibukakan lorong menuju ke syurga.

Roh yang kafir pula akan disambut oleh malaikat dengan bentakan dan herdikan yang keras. Dipakaikan roh itu dengan pakaian neraka. Tiap kali melintasi pintu langit, malaikat penjaga langit mengherdik dengan seruan yang buruk. Roh itu dihalang bertemu Allah dan terketar-ketar menjawab soalan munkar nakir. Dibentangkan baginya hamparan dari neraka dan dibuka lorong ke neraka.

Kamu memilih yang mana?

Wahai Abdullah, kubur boleh menghimpit seseorang itu sehingga berceragah tulang rusuknya, adanya kala jengking dan binatang buas yang menerkam setiap masa, ular yang panjangnya sebulan perjalanan dengan sinaran mata yang berapi akan memagut mereka yang derhaka kepada Allah namun kubur juga boleh jadi seluas mata memandang ditemani teman yang tampan wajahnya, wangi baunya.

Kamu memilih yang mana?

Wahai Abdullah, ada kalangan kita bangkit dari kubur dengan wajah yang bercahaya dan ada juga yang bangkit dengan wajah yang hitam legam, hangus terbakar. Mereka itulah golongan yang menjual agama dengan dunia. Hidup berpura-pura dengan agama. Bagaimanakah kamu? Hidup dalam kepura-puraan perjuangan Islam?

Itulah saat hari yang menakutkan. Hari yang kelam kabut. Hari yang penuh dengan teriak tangis manusia. Hari yang masam mencuka segala muka manusia. Hari yang tidak berkuasa diri manusia terhadap apapun, kecuali urusan pada hari itu hanya daripada Allah. Allah pembuat keputusan mutlak pada hari itu. Hari itu merupakan hari kekesalan, hari keluh kesah dan hari yang penuh dengan ketakutan.

Wahai Abdullah, ada yang bangkit nanti dengan bermuka babi,bermuka anjing dan sebagainya. Ada yang berjalan terengsot-engsot, ada yang berjalan kaki ke atas, ada yang berjalan dengan perut mereka. Ada juga yang bangkit dengan kulit muka hancur bagai disiat-siat.

Maka kamu bagaimana?

Wahai Abdullah, pada hari itu anak tidak mengenal ibu bapa, tidak mengenal adik beradik, suami tidak pedulikan isteri, tuan tidak pedulikan hamba, pemimpin tidak pedulikan rakyatnya. Masing-masing takut dengan bebanan diri sendiri. Hatta para Nabi-Nabi pun keluh kesah dan pucat muka mereka.

Bagaimanakah kamu?

Wahai Abdullah, di mahsyar nanti manusia lemas dalam keringat peluh sendiri. Mereka diabaikan oleh Allah dan tidak dipedulikan oleh Allah buat seketika waktu di Mahsyar sebagaimana mereka mengabaikan perintah Allah dahulu.

Wahai Abdullah, tahukah engkau ketika mana manusia berduyun-duyun datang meminta pertolongan daripada para Nabi untuk merayu agar Allah percepatkan perkiraan amalan, Nabi Adam menolak lantaran 1 kesilapan yang dilakukannya dahulu. Nabi Adam berkata “ aku malu kepada Allah, carilah orang lain ”.

Tahukah kamu masa pencarian bagi setiap Nabi itu 100 tahun lamanya baru bertemu dengan seorang Nabi? Itulah kesesakan umat manusia. Nabi Nuh menolak, Nabi Ibrahim menolak, Nabi Musa menolak bahkan Nabi Isa pun menolak. Kepada siapa manusia akan mengadu? Walhal murka Allah pada hari itu adalah murka yang semurka-murkanya.

Ketahuilah Abdullah, ketika saat itu hanya seorang susuk tubuh yang dipanggil dengan nama Muhammad Bin Abdullah sahaja yang boleh membuat rayuan. Rasulullah sujud kepada Allah dan memohon dibuat perkiraan amalan. Orang pertama dihisab adalah umat Baginda, iaitu Abu Bakar As-Siddiq.

Tahukah kamu sejauh mana pengorbanan Abu Bakar kepada Baginda Rasulullah?
Kamu bagaimana? Siapakah Muhammad Bin Abdullah buat kamu?

Wahai Abdullah, perit dan seksanya manusia di mahsyar hingga ada segolongan yang mengatakan “ kami lebih rela dicampakkan ke neraka daripada menanggung derita di sini “. Lihatlah, sampai begitu sekali dahsyat pertemuan di mahsyar nanti sampai ada golongan berkata demikian walhal neraka itu lebih panas lagi.

Adakah kamu yakin golongan itu bukan KAMU?

Wahai Abdullah, di mahsyar nanti,manusia dibahagikan kepada 3 golongan iaitu golongan mukmin, golongan munafik dan golongan kafir. Golongan mukmin berada di bawah panji Rasulullah, golongan munafik bersama Abdullah bin Ubay manakala golongan kafir bersama Firaun, Haman, Namrud dan orang-orang mereka.

Kamu bakal mengisi tempat mana?

Wahai Abdullah, di mahsyar nanti, hanya 7 golongan yang bakal bernaung di bawah Arasy Allah iaitu
1. Pemimpin yang adil
2. Mereka yang membesar dalam beribadat kepada Allah
3. Mereka yang hatinya terpaut pada masjid
4. Pemuda yang diajak oleh perempuan yang cantik lagi jelitawan untuk berbuat zina, tetapi dia menolak semata-mata takut kepada Allah.
5. Orang yang bersedekah hingga tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.
6. Mereka yang berkasih sayang kerana Allah
7. Orang yang berzikir dalam waktu yang sunyi dan sepi, mengalir air matanya kerana menyesali dosa terdahulu dan takut kepada Allah.

Kamu tergolong yang mana?

Pemimpin? Tidak sama sekali.

Beribadat kepada Allah? Jauh panggang dari api. Kamulah pelaku dosa sebenarnya.

Terpaut pada masjid? Ye ke? Sempurnakah solat berjemaah kamu? Walhal, sakit demam biasa dan hari rintik-rintik hujan pun dah jauh kamu dengan masjid. Kamu lebih leka dengan tempat-tempat yang melalaikan sebenarnya.

Menolak berbuat zina? Kukuhkah iman kamu dengan ujian sebegitu? Walhal, kamu belum lagi diuji oleh Allah dengan hal yang sedemikian. Itulah kamu.

Sedekah? Kamulah yang bakhil harta..betapa kamu berkira-kira untuk menginfakkan harta pada perjuangan Islam..

Berkasih sayang kerana Allah? Sedangkan kamu bersahabat di waktu senang sahaja,waktu susahnya sahabat kamu,ke mana kamu??? Ketahuilah semua, sukar mencari kawan yang sanggup membela kita dunia dan akhirat sebenarnya..kadang-kadang, merekalah yang menikam kita..

Zikir pada Allah? Menangis menyesali dosa terdahulu? Oh tidak, hati kamu tetap keras dan degil. Sukar bagi kamu untuk menitiskan air mata ketika bermunajat kepada Allah..jika keluar pun,itu air mata buat-buat, air mata tipuan diri sendiri. Kamu tak rasa bersalah dengan apa yang kamu lakukan pada Allah..

Wahai Abdullah, di mahsyar nanti pun neraka sudah mulai memekik mengintai mangsa. Dari jauh, neraka sudah mula menyeru. Memanggil-mangil senarai nama penghuninya. Diheret penuh rakus menggila mereka itu. Bunyi luapan neraka pun dah cukup mengerikan..

Adakah kamu cukup pasti nama kamu tidak diseru oleh neraka?

Wahai Abdullah, bila mana manusia dilemparkan ke neraka, Allah menyumpah dan melaknat mereka dengan panggilan yang menjelekkan “ Hei Si celaka, mengapa kamu sombong kepada Aku dahulu, mengapa kamu derhaka kepada aku dahulu? Pada hari ini, Akulah Raja, keluar sesiapa yang ingin mencabarKU, Aku ingin berdepan dengannya ”.

Wahai Abdullah, ketahuilah bila Allah melaknat seseorang, seluruh isi langit dan bumi pun turut melaknatnya. Mereka akan dipalu sehingga pecah kepala mereka dan terburai isi perut mereka dengan lembing neraka nanti.

Wahai Abdullah, telinga kamu akan dititik dengan cairan timah yang panas sehingga bergelegak otak kamu lantaran kamu suka mendengar umpatan dan kejian kepada seseorang dan mendengar apa yang Allah haramkan.

Wahai Abdullah, mata kamu akan dicucuk dengan jarum neraka dan dicungkil keluar nanti dengan pengcangkuk neraka yang sangat tajam. Kamu suka melihat benda yang Allah haramkan. Kamu tidak menjaga pandangan kamu walhal mata itulah yang akan kamu gunakan untuk melihat Allah jika kamu ke syurgaNya nanti.

Wahai Abdullah, lidah kamu akan ditarik panjang keluar dan disiat satu persatu sehingga hancur lantaran kamu suka berdusta, menaburkan fitnah sehingga memecah belahkan manusia.

Wahai Abdullah, tahukah kamu apakah minuman ahli neraka itu? Iaitulah air yang mana jika dicurahkan satu timba ke dunia ini, nescaya seluruh hidupan yang bernafas akan rebah pengsan kerana baunya yang sangat busuk.

Tahukah kamu apakah makanan ahli neraka itu? Iaitulah buah kayu Zaqqum yang mana jika setitik dari perahan buah Zaqqum jatuh ke dunia, setiap makhluk yang bernyawa juga akan hancur luluh isinya.

Wahai Abdullah, ada segolongan nanti yang diseru untuk ke syurga Allah tanpa dihisab, wajah mereka bercahaya seperti matahari. Mereka itu golongan yang berada di masjid untuk tunaikan solat sebelum azan lagi.

Golongan kedua juga masuk syurga tanpa hisab, wajah mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka itu golongan yang dalam perjalanan terdengar azan untuk ke masjid.

Golongan ketiga juga ke syurga tanpa hisab, wajah mereka bercahaya seperti cahaya bintang. Mereka itu golongan yang apabila terdengar azan, mereka berhentikan kerja mereka dan terus ke masjid untuk solat berjemaah.

Maka, bagaimanakah kamu? Waktu solat hampir luput, baru tergesa-gesa nak bersolat? Tidakkah kamu berharap salah satu golongan itu adalah kamu?

Wahai Abdullah, Allah berfirman dalam satu hadis qudsi ‘ wahai anak Adam, barangsiapa melakukan dosa kepadaku dalam keadaan ketawa, Aku lemparkan dia ke neraka dalam keadaan menangis. Barang siapa yang menangis takut kepadaKu, Aku masukkan dia ke dalam syurga dalam keadaan ketawa’.

‘ Wahai anak Adam, tidak akan masuk ke syurgaKu melainkan mereka yang merendah diri terhadap kebesaranKu dan mengingatiKu setiap waktu serta melawan nafsu syahwatnya semata-mata keranaKu ’.

Maka , yang terakhir ini, apakah pilihan KAMU???????
Inilah kemuncak monolog hamba dengan Pencipta...SYURGA dan NERAKA di hadapan. Itu destinasi terakhir setiap manusia. Disanalah kesudahannya.

Saya menangis teresak-esak, dalam tadahan tangan berdoa kepada Allah

“ Wahai Allah, ampunilah dosa-dosaku terdahulu. Selamatkan diriku pada hari yang menakutkan itu. Bangkitkan aku bersama dengan Nabiku Muhammad S.A.W di Akhirat kelak. Himpunkan aku bersama-sama dengan perhimpunan para-para Nabi,para Syuhada’, para Siddiqin dan para Solihin ”.

“ Selamatkan juga kedua ibu bapaku, tuan guruku semua, adik beradikku, sahabat-sahabatku dan mereka yang kasih kepadaku keranaMu Wahai Allah ”.

Rautlah tangan ke muka dengan penuh kehinaan diri. Rupa-rupanya, kita ini lemah, tersangat lemah. Kalaulah bukan kerana rahmat Allah, pasti kita tidak bisa menempuh jalan ke syurga. Harap dan takutlah menjadi sumber kekuatan.


Monday, November 9, 2009

Monolog Hamba Dengan Pencipta

salam perjuangan..

maafkan saya atas kelewatan mengupdatekan blog ni..
beberapa hal terpaksa saya uruskan berkaitan peribadi saya..Alhamdulillah..ianya makin selesai..

cerpen ini dah hampir siap,akan saya postkan tak lama lagi..hehe..selamat membaca..

Saturday, October 24, 2009

Salam Perjuangan,Salam Penulisan,Bingkisan Pejuang Dari Saya

Salam

Terima kasih kepada pembaca yang memberi komen atas cerpen yang saya tulis. Ringkasnya, memang saya minat menulis, cumanya sebelum ni mungkin disebabkan masa yang terhad, ketidakmampuan saya sendiri untuk berada di atas pentas penulisan dan mungkin pengalaman yang masih cetek.

Apapun, saya cuba mulakan madah penulisan saya dengan cerpen Qurrotul'aini. Alhamdulillah,kata orang, ceritanya meruntun hati dan perasaan.

Maka, terlintas di hati saya selepas mendengar pandangan daripada seorang hamba Allah yang sangat saya kasihi untuk menyambung cerpen berjudul " Monolog Hamba Dengan Pencipta". ia bakal mengupas tentang persoalan hamba itu sendiri,dalam kesayupan malam bergema alunan zikir dari lidah yang pada awalnya kelu dan berat menuturkan nama Zat yang Maha Agung.


Cerita ini insyaAllah akan saya cuba semampu mungkin untuk berkongsi panduan rohani dalam berbicara dengan Pencipta kita.

Saya amat-amat memerlukan komen,kritikan membina,cadangan idea untuk bekalan diri saya yang baru bertatih ini.

Mudah-mudahan cerita ini nanti memberi manfat kepada kita semua. Saya mengundur diri dengan mengatakan insyaAllah cerita ini akan keluar secepat mungkin. Secepat masa yang dikurniakan Allah kepada saya untuk berkarya.

Thursday, October 22, 2009

Qurrotul'aini 3


“ Abi, abi tak mengajar ke malam ni, jauh termenung”, tegur anakku Muhammad yang ketika itu sudah berusia 36 tahun. Dia juga sudah beristeri dan mempunyai 2 orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki bernama Uwais Al-Qarni dan yang perempuan diberi nama Rabiatul Adawiyah. Keduanya berusia 6 dan 4 tahun. Uwais anak yang sulung.

Yang teruja, nama isteri anakku sama dengan nama ibunya. Mungkin itu takdir Allah Taala kepada anakku. Dia tak pernah mendapat kasih sayang dari ibunya dan membesar tanpa belaian manja seorang ibu. Mungkin Allah aturkan begitu untuk dia berkongsi suka dan dukanya dengan insan yang sama nama dengan ibunya.

Maha bijak percaturan Allah. Pengatur dan pentadbir segala sesuatu. “ eh, taklah Mat, abi sedang memikirkan satu benda sahaja, betapa Allah bijak mengatur kehidupan kita semua”, aku berdalih. “ mat gantikan abi malam ni boleh, abi rasa penat sikit la”. Aku bersuara lembut padanya.

Aku biasanya akan mengajar orang kampung yang datang ke masjid. Masjid itu cuma bersebelahan dengan rumahku. Aku membinanya bersama-sama dengan penduduk kampung hasil duit sumbangan orang ramai. Aku cuba menolak anakku untuk menggantikanku pada malam tersebut.

Selepas belajar di pondok, dia menyambung pengajiannya di Syria, kemudian ke Mesir, akhir sekali ke Jordan. Sekarang dia membuka sekolah menengah agama persendirian dan menjadi mudir di situ. Dia juga aktif dalam pentas perjuangan Islam, bersama-sama denganku dalam satu rangka jemaah Islam.

“ Mat, seminggu dua ni abi asyik teringatkan ummi Mat la, kenapa ya, abi rasa rindu nak jumpa ummi” aku berceloteh seperti kanak-kanak kecil. Lama aku tak bergurau dengan anakku itu. Yang biasa diusik dan mengusik, 2 orang cucu kesayanganku lebih-lebih lagi Rabiah, wajahnya ada iras neneknya.

Dia juga jenis anak kecil yang banyak cakap. Geram aku melihatnya. Pernah satu hari dia bergurau denganku “ atuk, kenapa ya adik tengok janggut atuk warna putih, tapi janggut papa warna hitam, atuk tak suka Colour hitam ya” keh.keh. dia tergelak.
Aku juga tergelak. Melihat telatah cucu kecil itu. Dia dan abangnya, Uwais sama sahaja, sangat suka mengusik, macam atuknya dahulu. Hehe...

Tapi ada satu gurauannya yang buat aku terkesima. Dia pernah bergurau “ atuk, boleh adik tanya rupa nenek macam mana ya?” papa cakap kat adik rupa nenek ada sama dengan adik, betul ke? Tapi adik tak percaya la, adik rasa mesti nenek macam rupa pelakon dalam TV kan?

“ papa juga cakap atuk sayang sangat kat nenek, papa suruh adik jadi macam nenek, barulah atuk sayang adik kan?”dia mengomel makin panjang. Dia menyambung “papa cakap, bila adik besar,adik kena selalu sebut nama Allah. Barulah Allah sayang kat kita kan?”

Kali ini, aku cuma mengusap lembut kepalanya. Bukan tidak mahu menjawab, tetapi biarlah anak kecil itu belajar sendiri memahami rentak-rentak hidup. Orang tua sebagai pedoman dan ada kalanya berikan teguran yang membimbing jiwa anak kecil seperti itu. Kerana mereka perlukan dorongan.

“ boleh kan Mat, gantikan abi ya?” soalku bila nampak dia mendiamkan diri. “ em, insyaAllah, tapi kalau abi rasa lain macam, bagitau Mat ya, Mat bawa abi pergi klinik malam nanti ”. Aku menganguk lembut. Azan maghrib berkumandang.

Kami bergegas solat maghrib berjemaah. Kelihatan ahli jemaah sudah ramai yang hadir untuk mendengar kuliah agama. Selepas solat maghrib, aku juga duduk di situ. Mendengar kuliah yang disampaikan oleh anakku.

Melihat gayanya,rasa nak tergelak. Macam ayahnya. Dengan bahasanya, gaya badannya, tak ubah macam ayahnya waktu muda-muda dahulu. Bahkan, orang kampung pun sering mengatakan, Ustaz Mat macam copy paste dengan ayahnya.

Masa tu, teringat aku pada pesan arwah isteri dahulu “ abang jaga anak kita baik-baik ya, Siti nak dia jadi macam abang ”. kini, amanah abang sudah selesai. Abang dah tunaikan janji abang untuk didik dan jaga anak kita baik-baik. Untuk jadikan dia hamba yang takut kepada Allah. Abang rendam takwa dalam hatinya agar dia jijik berbuat maksiat kepada Allah dan rindu hatinya kepada Allah.

Selesai kuliah, kami solat isyak berjemaah. Kepalaku sudah rasa pening-pening. Badanku juga terasa lain macam. Namun kugagahkan jua untuk meghadap Allah dalam solat. Selesai solat, aku bersalaman dengan ahli jemaah, dan semua sahabat-sahabatku yang hadir.

Aku melambaikan tangan kepada mereka sebagai tanda kemaafan. Aku boleh merasakan waktuku sudah dekat, waktu untuk kembali bertemu siapa Penciptaku. “ Mat, abi nak balik tidur jap, rasa letih sangat la” aku memberitahu anakku dengan suara yang hampir tenggelam. “ pagi nanti kejut abi ya, kita qiamullail bersama nanti, itu pun kalau abi sedar ya,” kali ni aku cuba tersengih, menyembunyikan perasaan pada anakku itu.

Anakku mengangguk dengan wajah yang sedikit sayu. Balik ke rumah, aku mengambil wuduk dan bersedia ke tempat pembaringan. Badan terasa makin berat. Rasa letih dan dada berkocak kencang. Doaku, kalau Allah mengambil nyawaku, matikan aku dalam husnul khatimah. Saat kembali bertemu Allah, saat yang menggusarkan namun aku mengharapkan sangat kasihan belasNya.

Antara takut dan harap yang sangat. Mudah-mudahan Allah terima amalanku dan redha denganku. Mungkin ini tidur yang terakhir. Siapa tahu. Pintaku jua,lama aku berpisah dengan isteriku dahulu, pertemukan kami nanti disyurgaMu wahai Allah, Zat yang Maha pengasih kepada hambaNya.Anta maqsudi, wa ridhoka matlubi..

Tamat......

**************
Terima kasih kepada semua pembaca yang mengikuti cerita Qurrotul’aini ini. Saya mendapat komen mengatakan cerita ni cerita betul. Oh tidak, ia rekaan semata-mata.
Ia cuma mencuit jiwa muda yang inginkan kebahagiaan. Ia ibarat taman yang subur dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni.

Ramai juga yang komen, ada kaitan dengan hidup saya ke? Secara berseloroh dan sedikit serius, saya menjawab ya. Cerita ini ditujukan khusus kepada kakak yang saya kasihi dunia dan Akhirat, Siti Hajar Binti Mohd Noor.

Namun, Qurrotul’aini sebenar setakat ni dalam proses perbincangan. Ye ke saya ni?:) Apapun, orangnya boleh dikatakan sama watak dengan Siti dalam cerita ni. Maksud saya, ciri muslimat tersebut. Saya bergurau? mungkin ya, mungkin tidak.


Oh, lupa bagitau namanya. Usah anda berteka-teki. Namanya sama dengan nama arwah isteri tuan guru saya. Anda pergilah ke Pondok sana. Jawapan ada di situ.di tangan tuan guru saya.keh..keh.

Dialah pilihan saya. Hehe...anda kenal dia? sekali lagi, mungkin ya, mungkin tidak. Maka, saya mengatakan, saya ingin tawakkuf di sini, Cuma, tolong doakan saya. Bertemu pada cerpen yang lain..

Monday, October 19, 2009

Qurrotul'aini 2

Selesai menghantar Muhammad,aku pulang ke rumah. Fikiranku kembali menerawang. Mengimbau suka dan duka lama.Terngiang-ngiang kata anakku petang tadi. Aku cuba membelek foto-foto lama. Terlihat gambarku dan isteriku waktu kahwin dahulu. Bahagia rasanya hari tersebut. Masakan tidak, aku dinikahkan sendiri di hadapan tuan guruku. Ramai sahabat-sahabat kami yg datang. Pertamanya, kerana meraikan kami . Keduanya, mereka ingin bertemu siapakah tok guruku, kerana majlis kami diserikan dengan kehadiran seorang ulama .

Majlis kami, walaupun cukup ringkas namun amat bermakna. Aku mengambil berkat tuan guruku yang akadkan hubungan kami. Doaku agar ia menjadi titik tolak kepadaku untuk membina hidup berkeluarga berteraskan paksi payungan ulama. Ia sejuk dan menyegarkan. Sesejuk air terjun nun di kaki bukit tinggi. Beberapa keping gambar lama kubelek satu persatu. Sebak rasanya melihat gambar-gambar tersebut.

Memoir lama datang satu persatu. Aku juga masih ingat saat-saat awal pernikahan kami. Betapa tidak, rumah tangga kami dipenuhi dan dicambahi dengan majlis-majlis ilmu. Aku sendiri yg mengajarkan ilmu agama kepada isteriku. Malam-malam kami diserikan dgn perbahasan ilmu aqidah, ilmu fekah dan tasauf. Tidak lupa juga aku mengajarkannya ilmu hadis. Ilmu-ilmu haraki turut dikupas. Memang seronok. Selesai mengajar, ada pulak hidangan air dan sedikit kuih-muih. Isteriku yang buatkan, katanya air tangan isteri lebih berkat..keh..keh.nak tergelak aku rasanya,habis tu air tangan suami? aku bertanya sambil bergurau..

Pernah satu malam aku syarahkan tentang hikmah melakukan Sai’e di mekah. Ia bermula dari bukit safa ke marwah. Aku mengatakan ia mengambil sempena dgn pengorbanan yang dilakukan oleh seorang wanita tabah yang bernama Siti hajar. Sama nama dengan isteriku. Bagaimana tabahnya wanita itu mencari air untuk diberikan kepada anaknya Ismail, bayi kecil yang ditinggalkan oleh ayah demi menyahut seruan agama. Nabi Ibrahim meninggalkan mereka berdua di tengah padang pasir yang tandus tanpa menoleh ke belakang, bukannya kerana tidak kasihankan isteri dan anak tercinta, tapi dia takut jika dia menoleh ke belakang hatinya tidak tergamak untuk berbuat demikian.

Namun,kerana yakin dengan janji Allah, misi diteruskan jua. Baginda pergi menyahut seruan Allah dan istiqamah dengan prinsipnya. Betapa jiwa Siti Hajar cukup teruji. Duji sedemikian rupa hebatnya. Tapi, Siti Hajar, kataku pada isteriku, wanita yang bukan sekadar taat pada suami tetapi berjiwa hamba kepada Pencipta. Hatinya dijeruk dan diperam cinta secinta-cintanya kepada Allah. Dia wanita yang mengerti betapa untuk mendapat kasih sayang Allah, pengorbanan besar perlu dilakukan.

Mendengarkan cerita tersebut, isteriku bergurau “ bang, boleh tak kalau Siti nak jadi macam Siti hajar, tabah hadapi hidup dan taat suruhan Allah. Siti nak Allah sayang kat Siti” dia menyambung lagi “ tapi abang jangan la selalu tinggal Siti kat rumah, sibuk je memanjang, tak der masa dengan isteri sendiri”. Aku tersenyum, kemudian membalas lembut “ Siti, abang tinggal Siti bukan saja-saja tau, abang pergi menyahut tugas dengan masyarakat, untuk perjuangan Islam sayang”.

“Siti nak tau sesuatu tak?” aku bertanya sambil tergelak. “ apa dia,bang” jawabnya manja. “ Siti, kalau Siti nak tahu, isteri yang redha suaminya tinggalkan dia demi perjuangan Islam, di Akhirat nanti dia masuk syurga 500 tahun dahulu tau berbanding suami dia. Allah bagi peluang untuk si isteri berhias diri bersiap sedia menyambut kedatangan suami tercinta di depan pintu syurga nanti, Siti tak nak ke?” kali ni aku bertanya sambil mencubit pipinya.

“ eh, mestilah Siti nak. Siti nak bersiap awal-awal, nak tunggu abang,”. Dia menjawab. Aku pula membalas “ kalau siti nak tunggu abang, Siti mestilah selalu tolong abang dalam perjuangan Islam ni ya, siti kena janji yang susah dan senang dalam jalan yang kita pilih ni, kita tanggung bersama ya”. Di membalas seikhlas hatinya “ ya,kita tanggung bersama nanti”.

Memang begitu rutin hidup kami. Aku cuba mendidik isteriku agar hatinya sentiasa tenggelam dalam keasyikan cinta kepada Allah. Kataku padanya juga, “nilai hidup kita ni sebenarnya hampas sahaja tanpa takwa”. Tanpa panduan takwa, manusia hidup penuh kesombongan. Sombong dengan kebanggaan diri sendiri walhal manusia itu sendiri dijadikan dari sumber yg hina. Betapa tidak, dari air mani yang kotor.

Geli geleman kita nak melihatnya, apatah lagi menyentuhnya. Tapi itulah hakikat. Manusia dijadikan dari situ. Tapi bila manusia mengenal dunia, mereka lupa asal usul. Lupa akan kondisi mereka asalnya dari benda yang jijik.
Namun, kami mengecapi hidup bersama tidak lama. Kebahagiaan yang kami kecapi diselit dengan cuitan dari Allah Taala. Hikmah yang sangat besar dan rahsia Allah yang sangat luas. Maha luas. Allah mentakdirkan dia hidup denganku tidak lama. Saat aku terkapai-kapai bertemu teman untuk dikongsi suka dan duka, Allah memanggil hambaNya itu kembali.

2 minggu selepas melahirkan Muhammad, isteriku mengadu sakit dalam perut. Memang sebelum ni pun doktor cakap dia ada sejenis jangkitan virus dalam perut. Anehnya, penyakit tu tak dapat dikesan. Tapi ditambah dengan kesan bersalin, penyakit itu menjadi-jadi. Dia dikejarkan sekali lagi ke hospital.

Masih segar dalam ingatanku, pada waktu pagi tarikh yang tak akan aku lupakan seumur hidupku, dia berkata padaku “ abang, boleh tak abang datang dekat dgn Siti? Siti nak bisikkan sesuatu kat abang”. Aku menghampirkan diri kepadanya. Dia berbisik lembut “ abang,sepanjang hidup dengan abang, abang banyak mengajar Siti mengenali dan mencintai Allah. Siti tak lupa kata-kata abang bahawa ‘ cinta kita sesama makhluk adalah wasilah untuk kita mendapatkan cinta hakiki dari Allah’.

“ abang banyak mengajar Siti kenal erti hidup sebagai hamba, kan bang pernah kata di dunia kita hidup bertuhankan Allah, di akhirat biar kita berjumpa Allah dalam keadaan Allah redha kepada kita,kerana Allah pemilik jiwa kita. Siti nak pergi jumpa siapa pemilik Kita yang sebenarnya,boleh kan bang?”soalnya digenangi dgn air jernih yang mula bertapak di mata itu.

Aku menjawab perlahan “ boleh, abang pun nak pergi sana nanti. Nak tengok Allah senyum kat kita bila kita jumpa Dia nanti”. Aku ingatkan sengaja dia ingin berpesan padaku. Sebelum ni pun, rumah tangga kami dihiasi dengan nasihat-menasihati antara satu sama lain. Tika aku terlupa, dia yang mengingatkanku.

Bahkan, soal ibadat kami pun bersama. Tadabbur Al Quran bersama. Qiamullail bersama. Munajat bersama. Menangis waktu munajat pun bersama. Aku sering kali ingatkan dia tentang hadis yang bermaksud ‘ 2 jenis mata yang diharamkan neraka untuk menjilatnya, pertama mata yang berjaga di jalan Allah. Kedua, mata yang menangis takutkan Allah. Kami ingin sekali mengambil berkat dari hadis ni dengan amalan kami sementara masih hidup ini.

Acap kali aku renung maksud hadis ni secara mendalam. Pintaku,kami berdua sejahtera dari sambaran JahanamMu yang sangat menakutkan itu di hari Akhirat nanti. Sambaran yang tidak mengenal sesiapa. Jahanam menyambar mana-mana orang yang hidup menderhakakan Allah, hidup yang berpaksikan kepada kepuasan hawa nafsu semata-mata.

Jahanam juga mengheret manusia yang rakus kepada dunia. Manusia yang kotorkan diri mereka dengan dosa yang menjelekkan. Jahanam tidak punya perasaan,hanya menurut perintah untuk menyambar dgn rakus. Ia menjilat sesiapa sahaja yang menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan. Bunyi luapan Jahanam pun dah cukup mengerikan dan menakutkan.
Dari jauh, Jahanam menyeru “ di mana kamu wahai manusia yang dilaknat Allah, di mana kamu wahai manusia yang celaka. Hari ini, tiada tempat untuk kamu melarikan diri, akulah lubuk kamu. Kamu penghuni aku selama-lamanya. Celakalah kamu kerana jauh dari agama sewaktu kamu hidup dahulu. Celakalah,celakalah, celakalah”, Jahanam menyeru.

Ya Allah, hatiku merintih sayu. Meraung dalam kegelisahan hati yang berkecamuk. Bagaimana nasib kami suami isteri nanti? Sentiasa persoalan ni berlegar-legar. Menghantui hidup kami berdua. Kami pohon jauh dari semua itu. Kami bina perasan takut akan azabMu di akhirat nanti.

Namun, menjelang tengah malam, keadaan isteriku makin tenat. Masa tu, hanya aku dan Muhammad yg berusia 2 minggu berada di situ. Dia yang kelihatan lemah menahan kesakitan merenung tepat padaku dan berkata “ bang, Siti bahagia hidup dengan abang, Siti nak minta maaf atas segala salah silap Siti sepanjang hidup kita berdua, kenangan kita berdua hanyalah anak kecil tu ya. Abang jaga dia baik-baik ya. Dekatkan dia dengan Siti, Siti nak cium dia buat kali yang terakhir”.

Lepas itu, nafasnya naik turun tersekat-sekat. Dia cuba bersuara lagi, antara dengar dan tidak “ Siti kasihkan abang dunia dan Akhirat”. Terus keadaannya menjadi nazak. Bertarung nafas dengan Izrail, si pencabut nyawa. Aku mengajarkannya kalimah syahadah dan sejurus mengucap, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir disisiku dan di sisi anak kami. Dahinya terpercik peluh dan bibirnya kelihatan tersenyum.

Ya Allah, beratnya ujianMu ini. Sedihnya hati ini tak terkata. Lidah aku kelu untuk berbahasa. Hati aku bergelora, bagai dihempas gelombang tsunami yang menggila. Aku cuba menahan air mata dari mengalir di sisi anak kecil itu, tapi aku tumpas. Aku tewas dengan perasaan kasih dan sayangku kepada insan yang aku pilih dunia dan Akhirat.

Namun, aku redha, Allah lebih sayangkannya. Ambillah Wahai Allah, aku redha dia pergi menemuiMu walaupun hati ini berat sebenarnya tapi Engkau lebih Bijak membuat percaturan hidup. Kerana Engkaulah Al-Hakim....
******
Aku sendiri yang mandikan, kapankan dan imamkan solat ke atas jenazah isteriku. Aku juga yang merangkul jasadnya untuk dimasukkan ke dalam liang lahad. Sejurus meletakkannya, aku bangkit dan berdoa sebagaimana Rasulullah berbuat demikian pada sahabat baginda yang dikasihi yang wafat dalam satu peperangan. Sahabat-sahabat yang berada di atas kuburan melihat Nabi berdoa demikian masing-masing mengatakan cukup bertuah kalau jenazah itu adalah jenazah mereka.

Kerana itu doa dari Nabi sendiri. Aku berdoa “ Wahai ALLAH, aku kasih kepada isteriku namun Engkau lebih kasih kepadanya. Aku banyak terhutang budi padanya. Dialah penawar waktu dukaku pada jalan Islam. Aku redha padanya dan aku mohon Engkau pun redha padanya. Pertemukanlah kami kembali di syurgaMU nanti”. Aku menangis teresak-esak.

Sayu hati melihat tanah mulai dikambus. Aku yang mendukung Muhammad ketika itu hanya memasang satu azam. Akan kubesarkan anak ini sebagai amanah dari isteriku. Akanku jaga dia baik-baik. Itu janjiku. Alhamdullilah, segalanya selesai. Dia selamat dikebumikan. Teringat aku akan maksud hadis “ seorang isteri yang mati dalam keadaan suaminya redha padanya, maka Allah ganjarinya dengan syurga”. Moga dirimu bahagia di sana sayang. Tunggu abang, abang juga akan ke sana. Detus hati kecil ini.

Aku tersedar dari lamunan panjang. Lama rupanya aku terkenangkan hidup kami dahulu bila melihat foto-foto lama ini. Air mataku juga tumpah, menerjah pipi tanpa disedari. Kerana itulah wahai Muhammad, anakku sayang. Abi tak dapat bawa balik Ummi kerana dia pergi yang tak akan kembali lagi. Maafkan abi sayang. Jiwa abi juga tertutup untuk menerima kehadiran wanita lain dalam hidup ini, walaupun ada orang yang menawarkan abi untuk berkahwin lagi.

Biarlah abi tak kahwin lagi, kerana ibumulah satu-satunya wanita yang istimewa yang mengetuk pintu hati abi. Tugas abi sekarang adalah mendidik kamu. Kata-kata keramat ibumu pada abi masa kamu lahir dahulu “ Siti nak dia jadi macam abang”. Itulah amanah ibumu pada abi. Kamulah pengikat kasih kami berdua. Kamu sebagai kenangan abi pada ibumu. Kamu zuriat kami berdua.
********
Siri terakhir akan menyusul nanti.....

Sunday, October 18, 2009

Sambutan Raya Lagi...

Berkesempatan datang ke majlis sambutan aidilfitri yg diadakan d Taman Melewar tadi..cukup meriah..sangat seronok..beberapa keping gambar diambil..hehe..berkongsi dgn anda semua..

Kagum Dgn Tokoh yang sgt disayangi ini..

yang kanan tu bakal Nizar kedua nanti..hehe..

bersama Dato' Husam

dgn Ustaz Din,abang dalam perjuangan...

dan tuan blog ni,bakal ahli parlimen 20 tahun akn datang.doakan,insyaALLAH..:)

Tuesday, October 6, 2009

Qurrotul'aini

“ Abi,abi, terima kasih ya hantar Mat” ujar anakku Muhammad yang baru berusia 8 tahun. Aku menghantarnya kembali ke pusat pengajian pondok selepas hampir 2 minggu cuti maulidur rasul. Aku mghantar mutiara hatiku belajar di pondok sejak dia berusia 5 tahun lagi. Aku tak mahu hantarnya ke sekolah biasa, kerana aku mahu tarbiyah anakku itu dgn suasana pondok ketika kecil lagi. Kata orang ‘ melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Aku dulu tidak sempat sepertinya, kerana aku mengenali pondok dlm usia yg remaja. Harapanku, agar dia menjadi seorang ulama yg bakal beraksi menruskan perjuangan Rasulullah.

“ Mat belajar rajin2 ya, jgn nakal2, dgr cakap ustaz tu” pesanku dgn penuh kasih syg. “ Em,ya la abi. Abi, nanti kalau Mat dapat hafal kitab Matan Ajrumiah nanti, abi bawak balik ummi ya” sampuknya brsahaja. Aku terkedu seketika dgn kata2 anak kecil itu. Aku cepat2 mgalihkan pandgnku. Tidak mahu anak kecil itu melihat raut wajah ayahnya.

Memang dia selalu sebut tentang umminya. Kataku padanya sewaktu dia kecil2 dulu,” ummi mat pergi jauh, nanti bila mat belajar sungguh2, jadi orang alim,abi bawak mat jumpa ummi ya sayang”. Memang dia budak yg cerdik. Ustaz Ahmad, ustaz di pondok tu kata dia sorang budak yg cepat belajr,cpt fahm sesuatu cumanya kdg2 dia ni suka mengusik..keh keh.hampir ketawa aku bila ust Ahmad katakan begitu. Mcm perngai aku masa kecil.

Teringat aku masa dia lahir dulu, aku yg letakkan namanya Muhammad. Juga teringt gurauan dgn isteriku sewaktu sarat mengandungkn dia “ Siti, kalau kita dpt anak lelaki, bg chance kat abg letak nama kat dia ya, tp kalau anak perempuan Siti yg bg nama ok? Kan adil tu? Hehe.aku ketawa kecil.

Isteriku menjwb lembut, “ yalah tu, siti menurut saja, baik kata abg, baik juga buat siti “. Aku memeluk isteriku erat. Memg dia sorng yg patuh pd suami hatta pada hal2 kecilpun dia x membntah. Aku bertuah punyai isteri sprtinya.

Sengaja aku namakn anakku dgn nama Muhammad. Mengambil berkat dr nama insan teragung sepanjang zaman. Ya,sama sperti namamu Ya Rasulullah yakni Muhammad bin Abdullah. Moga akhlak anakku juga seelok akhlakmu,jiwanya besar spt jiwamu. Dan engkau akn berbangga dgn perjuangan anakku meneruskan risalahmu di hdpn para-para nabi kelak. Itulah maksudku menamaknya begitu.

Kerna aku mengerti, dialah bekalanku nanti. Aku mahu dia jd anak yg soleh agar mjd aset buatku dan istriku balik mghadap Allah nanti. “ Abi, abi x dgr ke apa Mat ckp td “? Soalnya mndesak bila nampak aku buat tak endah sahaja.“ oh, apa Mat cakap td, abi xdgr la, abi tgh fikir sesuatu td” aku mncipta alsan. Walhal aku sgt takut diajukan soalan sedemikian.

“ Mat kata,kalau mat dpt hafal Matan ajrumiah nanti, abi bawak balik ummi ya. Mat rindu sgt kat ummi, dr dulu mat x jumpa ummi. Mat nak peluk dan cium ummi. Mat nak cakap kat ummi
“ummi ummi, abi ni nakal la,selalu mengusik mat” mat nak ummi cubit pipi Abi,hehe. Sambungnya lg, “Tok ma bgtau Mat, ummi cantik, solehah, pandai jaga hati mertua. Tok ma ckp dia syg sgt kat ummi. Tok ma juga ckp ummi suka pakai purdah, Mat selalu nampak akak2 kat pondok ni pakai purdah. Cantik kan abi?”

Amboi,budak ni.sempat berseloroh pulak.detus hati kecilku. “ em, ok la syg, abi akan cuba” kataku perlahan,sayup2 dlm hiba sambil aku memeluk erat anak itu. Aku cuba sembunyikan pandangn mata yg brkaca ini. “ mat tidak tahu sbnrnya sayang, bukan abi x mahu bw ummi balik,tapi abi…….” Aku xdpt mghbiskn kata2 itu wlupun ia skdar brmonolog di dlm hati. Pahit utk kuteruskan. Entahla.

***

“ Terima kasih sayang,kerana lahirkan seorg mujahid utk abg”. Itu ucapan prtama yg keluar dr mulutku sebaik selesai mgalunkan azan dan iqamah di telinga bayi lelaki comel yg baru lahir itu. Isteriku yg keletihan cuba membuka mata sambil tersenyum dgn bibir yg hambar brbicara “ itulah yg Siti dpt berikan pada abg ya, anak kecil itu sbg pengikat kasih antara kita berdua”. Dia menyambung “ dialah mutiara hidup kita berdua,abg jaga dia baik2 ya”. “ Siti nak dia jd org alim mcm abg”,ujarnya smbil mengenyitkan mata.

Aku mngangguk lembut. Melayan kerenah isteri yg suka mengusik. Teringat waktu perkenalan kami berdua. Kami dipertemukan oleh shbt kami swktu msh menuntut dahulu. Dia yg nak jodohkan kami. Alasannya, kami cukup serasi hidup bersama.

Sepanjang aku mengenalinya pun,memang dia seorang yg lemah lembut. Orgnya cukup tabah dan penyabar. Jiwanya juga cukup kental utk membantu perjuangan Islam. Itulah yg membuatkan aku menerimanya sbg tetamu hati,yg melakar memoir indah dlm hidupku. Perkenalan yg cukup singkat,akhirnya kami diijabkabulkan. Dia sah bergelar isteriku.

Malam pertama perkahwinan kami, dia btnya lembut “ abg,boleh tak siti tau kenapa abg pilih siti sbg teman hidup abg, kan ramai lg muslimat2 kat luar sana tu yg lebh baik dr Siti?. Aku menoleh dan trsenyum “ kenapa ya siti, siti x percaya kat abg ya” aku cuba mengusik.

Dgn bibir mulut yg sengaja dimuncungkan, dia merengek mesra sambil matanya terpejam “ yalah, abg ni kan org yg ada nama,org hebat, faqih dlm ilmu agama lg” < “ siti ni siapa la kan,org biasa biasa je, banyak kekurangannya”. Oh begitu rupanya. Aku cuba menyelami apa yg brsarang di hati insan itu.

“ tapi siti pilih abg bukan kerana abg ada nama kan,bukan kerana org kata abg ni hebat kan, tapi siti pilih abg krn siti nak tumpang ilmu abg. Siti nak abg jaga hidup siti selamat dunia akhirat kan?” aku pula bertanya.

Seminggu sebelum kahwin dulu pun,aku bertanya padanya “ Nti x menyesal ke nak pilih ana ni, tak menyesal dunia dan akhirat ke?”. Aku mengulangi pertanyaanku itu sbyk 3 kali. Aku betul2 mahu cermat di sini,agar tidak timbul penyesalan hatta terdetik di hatinya utk menyesal hidup dgnku. Laksana menarik rambut dlm tepung. Begitulah cermatnya aku dlm membuat penilaian sebegini.

Dia tersipu2 malu,namun akhirnya mnjwb dgn kata2 yg aku pegang sampai ke hr ini, “ insyaAllah, ana tak menyesal pilih enta, dunia dan akhirat”. Aku menarik nafas lega seraya mengucpkn satu janji “ syukaran nti, janji ana, ana akan jaga nti dari hidup sampai ke mati dan dari dunia sampai ke akhirat” itulah janji ana. Dulu, kini dan selamanya”.

Belum sempat dia mnjwb soalanku,aku mengusap lembut kepalanya dan mataku merenung tepat ke matanya. Biar terpancar chaya keikhlasnku di situ. Aku menarik nafas panjang dan bersuara lembut “ siti, abg pilih siti bukan kerana siti org ada harta,juga bukan kerana siti ada rupa, tapi abg pilih siti kerana siti sgt istimewa buat abg” “ sukar diungkapkan melalui kata2”.

Aku menyambung lagi “ siti nak tahu,kalu abg pandg wajah siti,hati abg rasa sayu dan hiba. Jiwa abg lembut utk menangis siti. Abg rasa sayu krn siti merupakan org yg menyelamatkan abg. Semua ini tiada pada org lain sayang”.

“ siti menyelamatkan abg dr terjerumus ke jurang maksiat,juga yg paling utama, siti mjd penyelamat dan pelengkap kpd agama abg” “ wajah siti bawa abg ingat kpd Allah dan semakin takjub abg dgn kebesaran dan kehebatan Allah,menciptakan kita semua”. Pada diri siti, semua itu berlaku. Itulah istimewanya Siti buat abg. Bg abg, sitilah org yg terbaik buat abg, menemani abg utk meneruskan hidup ini bg menggapai cinta hakiki, cinta yg abg nanti-nantikan. Cinta dari Allah, sayang”.

Selepas itu,aku terus menukar mood perbualan agar suasana btukar ceria. “ abg nak tanya sesuatu, boleh x?”. dia mnjwb “ tanya apa ya,bang?” “ abg nak tanya,masa kecik2 dulu siti ni suka mengusik org tak” kataku diiringi gelak tawa kecil. Sengaja aku bertanya begitu. “ Mm, bg abg, siti ni mcm mana,suka mengusik ke? Abg tu yg lebih2 mengusik,pening siti dibuatnya. Tak tahu nak buat mcm mana” dia mengomel.

“ bg abg la, siti ni bukan sekadar suka mengusik ,tapi nakal, xdgr kata,juga sorng yg manja” bisiku pd telinganya. Mendengarkan begitu, tangannya trus mggeletek aku. “oh, rupanya dia dah tau rahsia abg, x boleh digeletek”. Aku menyambung
“ betullah yg siti ni suka mengusik”.

Dia membalas lembut “ amboi abg ni, dia yg suka mengusik,dikata kita pulak. Takpe,takpe hah ambik ni”. Dia masih lg mnggeletek aku. Aku yg memang dr dulu sgt geli bila digeletek cuba menepis. Sambil tersenyum panjang, dia brbahasa
“hah, penakut jugak rupanya si lelaki sorang ni,ingatkan berani”.

Aku masih menepis lembut tangannya seraya berkata “yalah,berani dgn musuh Allah,tapi takut dgn isteri sendiri”. Hehe.keh keh. Kami ketawa bersama. Suasana diselubungi kebahagiaan ketika itu. Kedengaran di luar, hujan turun renyai-renyai. Moga malam ini berlalu penuh Maghfirah dan rahmat drMu ya Allah. Detusku dlm hati.
****

“Abi, abi menangis ke?” soal anakku Muhammad bila dia perasan lama aku memeluknya. Cepat2 aku mengesat air mata yg mengalir. Rasa malu pd anak kecil itu. “eh, xdalah abi sedih nak tinggalkan Mat je” dalihku perlahan.

“ maafkan mat ya abi, lain kali mat xkan tanya pasal ummi lagi ya”. Ucap anakku. Tersentak jantungku mendgrkan kata2 begitu. Aku lantas memeluknya buat kali kedua. Kali ini aku xdpt sembunyikan lg air mata ini. Ia mengalir lebih laju.

“ tidak wahai anakku,itu hakmu utk brtanyakn tentang ibumu . Abi yg salah. Abi yg salah kerana sembunyikan perkara sebenar ini” bisikku dlm hati. Tak mampu kuungkapkan melalui kata2 lisan walhal aku sgt fasih brbicara.

“ ok lah sayang,pergi masuk belajr ya nak,belajar rajin2 tau” aku cuba mngukir senyuman pahit sambil mncubit manja pipinya. Selepas brsalaman dan mengucup dahinya,aku lepaskan dia pergi. Dia berlari2 anak mndptkan teman seusianya yg sedang bermain. Dr jauh,dia brteriak “doakn mat ya abi,mat nak belajr agama sungguh2,nak jd mcm abi.boleh mengajar di masjid dan surau. Dan mat nak bela agama mcm abi selalu pesan kat mat ya”. Dia menguntum sebuah senyuman manis sebelum hilang dr pandanganku.

“ Ya Allah, jiwaku mjd sayu lg. Terpancar iras isteriku ketika dia senyum. Manisnya spt ibunya,dgn senyum simpulnya. Bahkan dia anak kecil yg sabar dan tabah,juga spt ibunya.


********


cerita Qurrota'aini ni bakal bersambung...

Thursday, October 1, 2009

Eh,Sejuknya Air Itu Vol 4...

"Ana renung wajahnya ustaz,dan ana tengok bagaimana keadaan Imam Abu Hanifah tu sewaktu ditahan dlm penjara" sambungku lagi " ana dapat tengok wajah tua yg putih bersih cumanya sedikit mendiamkan diri.air mukanya sugul tetapi penuh dgn ketenangan".aku menceritakan mimpiku itu kpd salah seorang ustazku semasa balik bercuti dr pondok pd hujung minggu.

" Ada dia tanya enta apa-apa tak" soal ustaz spontan." tak ada,cuma ana je yg melihatnya,tu pun dlm jarak yg sgt dekat.tapi ana tak mampu berbuat apa-apa".jawabku lagi.selepas itu,ustaz terus mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang ulasan.aku juga terkelu seribu bahasa.aku mimpi bertemu dgn imam abu hanifah,yang sewaktu tu ditahan dlm penjara.aku melihatnya dgn jelas,tapi sekadar melihat.

aku pulang ke rumah sambil cuba memikirkan apa yg aku mimpi sebelum ini.pernah satu malam,aku mimpi melihat diriku dlam keadaan berjubah putih,kopiah putih dan berserban putih.lagi,aku berada dlm keadaan cahaya yg sgt kuning.memang sgt bercahaya.ia seterang cahaya bulan penuh.

Allah,aku bermunajat keseorangan.sekadar aku tahu,mimpi adalah mainan tidur semata.tidak lebih dr itu.kadang-kadang mimpi boleh jadi bisikan dan gangguan jin & syaitan yg menyesatkan.Ya Allah,hambaMu ni keliru..apakah mimpi yg aku dapat ni?

bila pondok dibuka balik,aku masih lagi cuba mencari jawapan tersebut.namun aku hanya mendiamkan diri.takut utk mengutarakan persoalan begini.akhirnya aku bertemu jawapan berkaitan dgn mimpi yg mana mimpi terbahagi kpd 3 bahagian,inipun melalui kupasan Tok Guru Nik Aziz semasa mendengar kuliah jumaat tok guru.sedikit panjang nak hurai tentang mimpi 3 bahagi ni.

namun,berkaitan dgn mimpiku itu,aku masih lg senyap sampai ke hari ini.apakah jawapannya,aku pun tidak pasti.cumanya,aku bermohon kepada Allah agar aku jauh dr sebarang benda mungkar dan jiwa aku sentiasa bertakwa kpd Allah.

teringat lagi tentang pengajian aqidah di pondok,bagaimana kasihnya Allah Taala kpd hambanya yg cuba utk mendekatkan diri kepadaNya.aku pun waktu itu,masih lagi menggiatkan usaha belajar dan cuba mendekatkan diri kepada Allah.Ba banyak mensyarahkan sesuatu yg aku rasa kena tepat berkaitan diriku.

bila berbicara soal dosa dan pahala,soal Ba kenapa kita takut nak buat pahala tapi berani buat dosa? bila berbicara soal syurga dan neraka kenapa kita buat ibadat kpd Allah krn nakkan syurga dan tak nak masuk neraka? kan syurga dan neraka itu makhluk Allah Taala? adakah kita makhluk berhajat sesama makhluk?

bukan ke kita ni milik Allah secara mutlak? maka,terserahlah kpd Allah nak lempar kita ke mana.ke syurga atau neraka? dek kerana kita diberitakan tentang syurga ni begini begini,maka kita nakkan syurga.kita juga digambarkan dgn neraka ni begini begini maka kita xnak masuk neraka.

cuba kita gambarkan yg syurga itu sebaliknya,maksudnya syurga ni penuh dgn penderitaan dan neraka pula penuh dgn kesenangan,maka sekarang apa jawapan kita? masih mahukan syurga dan masih takutkan neraka?

nilah majaz.aku pun waktu itu tidak mengerti sgt.bila2 lg disyarah tentang pengertian aqidah yg mendalam.maka teringat satu hadis qudsi yg berbunyi lebih kurang begini

"aku kasih kpd hambaku lebih dr dia kasih kepadaku,jika dia mendekatiku sejengkal aku mendekatinya sehasta.jika dia mendekatiku sehasta aku mendekatinya sedepa.jika dia datang kepadaku dgn berjalan maka aku pergi kepadanya dgn berlari"

aku pada waktu itu yg cuba mencari kebenaran sebenar mohon sungguh-sungguh dgn Allah Taala tunjukkan aku dgn cahaya sebenar.aku tak mahu sekejap aku belajar agama,kemudian aku patah balik dgn style lama,hidup dlm kebuntuan kejahilan.aku takut.sangat takut kekal dlm hidup yg tidak meletakkan agama sbg panduan di hadapan.

bila bermunajat dan berzikir di malam hari,aku paksakan diri dhaif ini menangis.menangis menyesali dosa-dosa dahulu.dosa dgn mak ayah.terutamanya mak.mak banyak menitiskan air mata dlm membesarkan aku.juga dosa dgn adik beradik,dan dosa dgn sekalian mereka yg terlibat.

aku pohon juga taubat tentang dosa aku dgn Allah krn sejak akil baligh,aku masih lg tidak mengerti apa peranan aku sbg hambaMu Ya Allah." ampunkan aku,maafkan aku,kasihanilah aku wahai yg Maha Mengasihani,rintihku sayu. begitulah perilaku diriku sekian waktu utk dapat keteguhan dan istiqamah pada jalan agama.

pesan Ba dan tok guru nik aziz sewaktu kuliah " kita bila munajt,menangis lah depan Allah,luah semua sekali masalah kita kpd Dia krn Allah tahu segalanya tentang kita,kita mennngis tanda kita ni hina sungguh depan Dia". aku teringat sgt kata-kata keramat itu,sehingga hari ini..

maka,aku cuba mengerti maksud hadis qudsi tersebut dgn beberapa muzakarah dan pengajian ilmu..aku sedikit mengerti tapi masih samar-samar..mungkin kegelapn di hatiku yg menghijab semua ni.ia masih lagi tak tersingkap rahsianya ke hari ini..

aku membuat kesimpulan awal,bahwa jika begitu keadaannya maka akulah yg kotor sebenarnya..cahaya tak menembusi tempat yg kotor.maka hati aku yg kotor,jelik dan menjengkelkan.

Tuesday, September 29, 2009

Eh,Sejuknya Air Itu Vol 3

"Putar begini,kemudian enta kemaskan lilitan kat belakang bagi selesa,lepas tu enta pusing begini,ok siap" kata seorang sahabat pondok aku.dia mengajarkan kepadaku bagaimana utk memakai serban.oh begini rupanya,terdetik kegembiraan di hati aku tatkala berjaya menyarungkan serban,sunnah Rasulullah di kepalaku.

"senang sgt rupanya ya,cuma ana je yg tak pandai sebelum ni,bila pakai serban ni rasa macam ana Tok Guru pulak,hehe" aku mengomel seraya mengusik sahabatku itu.memang,memang sebelum ke pondok aku tak biasa melilitkan serban di kepalaku,bahkan aku tak pandai pun nak pakai serban.Alhamdulillah,berpeluang tampil beraksi sepertimana pakaian Nabi dan para sahabat.rasa cukup bertuah.biarlah,walaupun ada golongan yg tak senang hati melihat orang berserban tapi aku cukup selesa dgn keadaan begitu.

pesan sahabatku "sekali kita berserban,cuba pasakkan selamanya kita akan tetap berserban"sambungnya lagi lidah yg fasih berbicara "krna kitalah generasi pewaris kepada golongan ulama nanti".aku membalas spontan "insyaAllah".rupa-rupanya inilah tarbiyah dr pondok,fikirku ketakjuban.

para pelajar diasuh utk membiasakan diri dgn pakaian sunnah,hatta nak kluar ke mana-mana,ke kedai,bandar dan balik ke rumah waktu cuti pondok pun kena berserban.pernah aku dgr cerita Ayah Pa(tok guru hj mustapa) dan Ayah Zit(tok guru hj aziz) pengasas pondok Pasir Tumbuh memberi syarat kepada mana-mana pelajar yg ingin mnjadi ank murid mereka dgn katanya "sesiapa di antara kalian yg nak belajar di sini,saya tak izinkan dia tanggalkan serban selagi mana berada di bumi kelantan".

maksudnya mudah.sesiapa nak jd ank murid beliau,kena sentiasa berserban nak kemana-mana di sekitar bumi kelantan ni.luar kelantan,terpulanglah nak pakai kopiah sahaja atau berserban.tapi selagi berada di kelantan,kena berserban.Wah,dengarkan begitu,ketat juga syaratnya,fikirku pendek.

tapi bila dihitung,mujurlah dgn syarat begitu barulah di sekitar bumi kelantan kita boleh cam siapa pelajar pondok.nampak dr jauh budak berserban,berbaju melayu dan berkain pelikat,memang sah pelajar pondok dan ianya berkekalan sampai ke hari ini..pergilah anda semua ke bumi kelantan.nampak org sebegini,tentu dia pelajar pondok..

dari sehari ke sehari,aku makin mengerti dgn suasana hidup beragama.kalau dulunya,hidup aku terumbang ambing dek gelombang nafsu muda yg rakus,kini ia makin jinak dgn agama.aku cuba bangkit kembali,membuka lembaran baru dlm hidupku.aku tutup fail lama,memoir hidup yg sarat dgn derita kehidupan yg membaluti tubuh kecil ini.

ya,pada ketika itu aku sudah mula memegang kunci kehidupan.satu anak kunci yg mampu membawa aku merantau jauh sehingga ke syurga sana,insyaAllah.

sahabatku bergurau lg,dgn nada memujuk "nta ni,ana rasa lg sesuai terus sambung belajar kat pondok ni,tak payah sambung belajar kat U dah"."terus kat sini je,belajr sampai betul2 jd ulama Akhirat".Sudah,hati berbisik kosong."ana pun syeikh,cadangnya macam tu la,rasanya tak mahu lg ke universiti,dari hari mula masuk lagi ana cadang nak kekal duduk belajar kat sini,ana nak timba sebanyak mungkin ilmu pada usia yg muda ni".

kelihatan dia menganguk setuju,sambungnya dgn sekuntum senyuman mesra di bibirnya,"kalu enta kata begitu,petang ni biar ana masak utk enta,sbg tanda gembira ana kerana enta nak terus belajar kat sini".

aku membalas mesra" oh,kalau begitu,tiap-tiap hari la ana nak kata yg ana nak duduk belajar kat sini,biar tiap-tiap hari enta yg masak utk ana,hehe".memang itulah gurauan kami di situ.tambah ana jenis suka mengusik."nanti enta masak gulai ayam dan ikan masak pedas ya" sambungku dgn sedikit bicara lagi.

lantas shbtku ni menggeletek aku sambil berkata riang "amboi,lebih-lebih pulak".hehe...berderai ketawa kami bersama..

Friday, September 25, 2009

Eh,Sejuknya Air itu..Vol 2

Bunyi kicauan burung pada waktu pagi di Pondok Seligi cukup mengasyikkan..ia seolah-olah irama asli yg mengusik jiwa.sesuai bagi sang sufi beruzlah,sambil merenung tanda kebesaran Tuhan..

aku memulakan pengajian di sana pada waktu pagi dgn membaca al-Quran,diteruskan dgn pengajian kitab nahu dan soraf,rehat sekejap utk makan pagi dan disambung dgn talaqqi kitab fekah dan sirah hinggalah tengah hari.

lepas zohor,pengajian diteruskan dgn talaqqi kitab aqidah,tafsir al-Quran,dan hadis 40 sehinggalah waktu asar.selepas asar,barulah pelajar2 dibenarkan rehat dan bebas dgn aktiviti masing2 sama ada nak muzakarah,ziarah ke pondok shbt,keluar ke kedai berdekatan dan sbgnya..

aku mengambil ruang utk mengadakan wacana ilmiah dgn pelajar2 lama di situ.pelbagai persoalan dikupas dan dibincangkan..cukup seronok.walaupun ada hal2 sensitif dibangkitkan,namun ia tidak mengganggu kami kerana kami tenggelam dlm keasyikan telaga ilmu..oh,alangkah manisnya ilmu ibarat berkasih walaupun pahit utk mendapatkannya hatta sebutir perkataan..

terngiang2 di telinga saya pesanan Tuan Guru Pondok,Ba sewaktu pengajian semalam.ketika itu tengah dibahaskan tentang permulaan barang yg wajib ats setiap mukallaf..syarah Ba,permulaan sekali bg org mukallaf ialah mengenal Allah..siapa Allah?itu persoalannya..macam mana nak kenal Allah?

aku kdg2 termangu sendirian,muhasabah diri.baru aku sedar bahawa aku tertipu,tertipu dgn permainan licik dunia yg umpama racun berbisa.jika terkena,racun itu boleh merubah aku menjadi seperti anjing-anjing gila di jalanan yg menggonggong tulang lama.air liur meleleh di bibir,dan mata sentiasa tajam meninjau mangsa..

aku yg selama ini didoktrinkan dgn sistem pengajian di sek biasa,rupanya tidak mengerti akan hakikat ini.aku menjadi bingung seolah2 diberi cuma 2 pilihan,nak terjun ke dalam sungai yg penuh dgn buaya ataupun lari jauh ke dlm hutan yg penuh dgn harimau buas.masakan tidak,aku keliru selama ini adakah betul ilmu pengajian aku semasa di sekolah?sistem pendidikan yg tidak mengajar penuntut mengenali agama,seterusnya mengenali siapa Pencipta kita yg sebenarnya???

bila bertemu ulama,aku merasakan dadaku terbuka luas.bersedia menerima kebenaran bila-bila masa sahaja.aku menantikan suntikan vaksin iman dan takwa ke dalam jiwa aku yg kering kontang ini.jiwa yg penuh dgn kurap dunia,bergelumang dgn maksiat dan terlalu mengikut nafsu org muda.benar kata org tua-tua,nafsu org muda cepat dibina dan cepat membinasakan.aku makin keliru.

Ba menyambung lagi,"jika kita tak mengenal Allah,maka tidak sah aqidah kita.bila aqidah tidak sah,ibadat pun tidak sah.solat kita,puasa kita,zakat kita,haji kita tidak sah.nak kahwin pun tak sah kerana syarat kahwin tu mesti Islam.nak sah islam perlu sah iman dan nak sah iman perlu mengenal Allah".

Allah,makin takut aku dibuatnya.segala ibadat kita tidak akan mendapat sijil pengiktirafan dari Allah mengatakan yg ibadat kita ni SAH.aku baru sahaja mula bertatih utk belajar aqidah,usahkan nak bercakap tentang aqidah,nak bagitau macam mana nak kenal Allah pun aku tak tahu.

hati aku diselubungi rasa bimbang yag amat.bila bersendirian,aku menangis kerana diri aku yg jahil serba-serbi ini.apatah lagi jahil tentang Allah Taala..

pada keheningan petang,ditambah dgn sayup-sayup matahari yg hampir tenggelam,aku bertemu Ba.ringkas bertanya soalan "Ba,kalau kita baru belajar utk kenal Allah,tapi kita masih tak tahu lagi dan tak dapat hurai tentang Allah,macam mana dgn aqidah kita?"

Jawabnya spontan "itu tak mengapa la,kerana kita masih dlm tempoh belajar.walaupun tak tahu lagi tentang Allah,Allah maafkan kesalahan org belajar,tapi mesti syaratnya dlm tempoh belajar".

oh begitu,berasa sedikit lega.aku menyambung lagi "kalu begitu,Allah terima la amalan ibadat kita,kerana walaupun kita tak mengenal lagi Allah,tapi kita dlm tempoh belajar kan?"

Ba mengangguk setuju,disusuli kata2 lembut beliau padaku "tapi kena ingat,tu baru sah ibadat sahaja,terima belum tentu kerana syarat terima ibadat kena ada takwa".

Sudah,aku yg ketika itu masih mentah dlm menuntut ilmu makin keliru..bukan keliru dgn jawapan dr tuan guru,tapi keliru dgn kejahilan diri sendiri..memndangkan hari ketika itu hampir senja,aku berangkat meninggalkan Ba selepas mengucapkan terima kasih sambil meleret manja ke bibir mulutnya yg menghabiskan kata2nya petang itu dgn satu ungkapan "manis " buat diriku.

"teruskan belajar sampai kita betul-betul mengenal Allah,bila kita dah kenal Allah,ajak orang lain juga utk mengenal siapa itu Allah"

aku perasan sesuatu.perasn seuatu pada mata tua itu.berkaca matanya utk menghabiskan lafaz yg terakhir itu.betapa utk melihat org lain juga dapat mengenal Allah.aku menyarung selipar burukku sambil hati kecil berbisik " bila aku faham satu hari nanti,aku pasti akan memahamkan org lain jua"

hati kecilku berbunga riang.puas dgn jawapan dan sedikit kata perangsang..aku berlari anak balik ke pondok bersiap-siap utk mandi..kedengaran dari jauh suara sahabat melaung mesra "Abdullah,maghrib ni giliran enta kena azan"..

hehe,aku pulak yg kena jadi muazzin hari ni,xpalah.aku mahu melaungkan azan seperti bilal dr Mekah.hehe..aku bermonolog sambil perasan keseorangan.

Wednesday, September 23, 2009

Eh,Sejuknya Air itu..


"Mak,mak,lepas habis SPM nanti Abe nak pergi masuk belajar pondok boleh tak?Abe tak mahu kerja lagi,abe nak tambah ilmu kat dada buat bekalan diri tak apa kan?"tanyaku pada suatu hari kat Bonda tersayang..Mak menjawab dlm nada yg terkejut dan terharu "boleh je abe nak pergi ke pondok,tapi duit belanja nak belajar la mak tak mampu bagi sangat,nak bayar yuran pendaftaran,duit beli jubah,serban,kitab-kitab dan barang keperluan diri abe yg lain".

Aku kata tak pa mak..pandai la Abe guna nanti.aku sendiri pun ada sedikit duit yg dikumpul masa belajar.memang aku dah bercadang lama nak ke pondok..entah..jiwaku meronta2 nak ke sana.aku x sabar nak meneguk ilmu dr Ulama2.ikonku ketika itu ialah Tok Guru Nik Aziz.betapa aku tertarik dgn gaya kupasan Tok Guru sewaktu mendengar kuliah beliau..kalaulah aku dpt jd seperti beliau..fikirku dlm usia dan fikiran yg belum cukup matang.

Seusai SPM,tepat tarikh 12/12/2006 aku bersama 2 org shbtku dr kampung berangkat menuju ke sana.betapa perasaan aku ketika itu bercampur baur.gembira,takut,bimbang semua ada.gembira kerana aku nak tambahkan lagi imu di dada yg kering ni.memang sewaktu di Ting 4 lagi aku sudah menuntut ilmu secara talaqqi,tapi aku berasa tidak puas mengaji,ditambah dgn kekangan waktu belajar di Sek Men yg menghimpit.

Takut,takut diketawakan org kerana hanya aku sahaja yg bersungguh2 dtg ke pondok sedangkan teman2 persekolahan aku boleh menghabiskan masa cuti SPM dgn bekerja,kumpul duit sementara tunggu result UPU,merancang aktiviti bersama dan sebagainya..Ahh,aku tak peduli.hanya pada Allah tempat aku bermunajat.aku faham,aku ni org muda.jiwa muda sgt mahukan hiburan.juga jiwa muda suka akan kebendaan.aku berdoa mohon Allah tunjukkan aku jalan yg aku boleh lepas dr godaan dunia.lepas dr runtutan nafsu org muda.mohon agar aku mjd pemuda yg cintakan Islam..aku x mahu terus hanyut dibawa arus lagha sepanjang masa.

Alhamdulillah,aku dicampakkan ke pondok.Bimbang juga nak pergi ke sana krn dgr khabaran org2 yg berilmu shj yg ada kat sana.mereka2 yg ditarbiyah menjadi warak,beriman dan bertakwa sungguh kepada Allah Taala.bimbang aku rasanya.malu kat diri pun ada.dahla kita budak sek men,pergi ke pondok pun dlm serba kekurangan..

Tapi,sebelum pergi aku pernah berkata pada Ibuku "mak,mak tolong doa kat Abe ya biar abe mengaji sungguh ilmu kat pondok ni,bg ada keberkatan.doa mak dan restu mak abe pohon dunia akhirat".ibuku membalas "mak sentiasa berdoa utk abe,abe pergilah,belajar sungguh2 ya nak,capai apa cita2 abe tu"..mak sentiasa doakan aku.tu yg buat aku sgt tersentuh,dia juga sentiasa bg semangat dan bantu aku walaupun dia sendiri susah.tapi susahnya x ditunjukkan pada aku.aku mengerti jiwa seorang ibu.aku niatkan pahala pengajian aku,amalan aku terus samapai kpd mak juga.bahkan mak pernah berkata "mak pernah doakan abe agar syahid dlm perjuangan Islam"..Allah,tingginya harapanmu ibu..Amin.aku pun berharap demikian.

Rasa ada kekuatan di situ..berbekalkan dgn sedikit wang yg ada,bertapaklah aku di pondok Seligi,Pasir Puteh,Kelantan.sampai sahaja,dipertemukan dgn Ba(Tuan Guru Abdul Hamid)seorang tuan guru yg sgt aku kasihi..terpandang wajahnya,tergambar cita-cita yg tinggi menggunung pada raut wajah tua itu utk melihat Islam dijulang..

"Assalamualaikum,tok guru",sapaan kali pertama aku kat Ba.selesai jawab salam,ba bertanya lembut "duk kat mana?"aku menjawab ringkas "Bachok".

kemudian aku ditunjukkan pondok tempatku menginap,di hujung sekali bersebelahan dgn tandas dan tempat mandi.Allah,berpijaknya kaki aku kat situ,terkejut aku dgn kedhaifan pondok tersebut,tempat belajar agama..dinding2 pondok yg x lengkap,atap2 yg bocor.pernah satu ketika hujan lebat,aku x dapat tidur di pondok itu,dan terpaksa mengangkat tilam tidur utk di masjid krn air hujan yg mencurah masuk ke dlm pondok..aku menggeleng kepala kebingungan..

Bermula disitulah,aku mula belajar erti kehidupan..bagaimana utk menitip secangkir ilmu yg menjadikan kita bertakwa kepada Allah..aku sedikit mengerti walaupun dlm usia belasan tahun akn hakikat kehidupan,hakikat perjuangan..Pondok menjadi medan pertama aku utk melangkah lebih luas..di situ ia bermula,membentuk diri aku,menjadi insan..insan yg dahagakan minuman maghfirah dan redha Allah..

pondok yg berada jauh di kaki bukit Seligi cukup memukau pandangannya pada waktu pagi..udara yg bersih,jauh dr hingar-bingar kegilaan manusia kepada dunia sebaliknya manusia di situ berebut2 mencari duit akhirat.dgn muzakarahnya,dgn baca kitabnya,rutin harian di sini memang menyeronokkan.sesuai dgn jiwa aku yg selama ini memang gilakan benda ni semua..aku gilakan suasana pengajian ilmu yg sebegini.

yg paling tertarik,air di kaki bukit memang menguji perasaan.lebih2 lagi bila nak bangkit pada waktu Subuh utk solat subuh bersama2 dgn tok guru,FUH memang kena berani..

apapun,aku cuma mampu berkata dan mengomel manja sendirian "Eh,Sejuknya Air Itu"..

Program Pertama Khalifah Muda Management



Tarikh : 21,22 & 23hb 11 2009

Tempat : SMA Yayasan Khairia,Baling Kedah

Hebat!!!Pasti menggemparkan!!!Dibarisi dgn Fasilitator-fasilitator yg diyakini mampu menghidupkan suasana percambahan bakat kepimpinan..

Saya sendiri selaku Pengarah program cukup optimis dgn keupayaan shbt2 saya utk menjayakan program ni nanti.doakan kami semua...

Monday, September 21, 2009

Di Sini Terasa Lagi,Di Sana Sudah Menanti

Kemeriahan syawal yg disambut umat islam masih terasa bahangnya..ni baru raya ketiga..rumah saudara n shbt2 lama pun belum habis p ziarah lagi..meriah sungguh ya rasanya raya..tapi saya sedih,kerana bila dah besar ni dah tak dapat dah duit raya..hehe..

pak cik2 dan mak cik2 yg tua2,kalau bulan puasa hari tu darah tinggi dah turun sket,kencing manis pun dah tahan tapi bila masuk syawal,ahh semua jadi balik..mahu tidaknya,kuih2 yg manis serta biskut2 yg dihidangkan cukup menyelerakan..tapi apapun,cubalah sama2 jaga diri..

di sebalik gembiranya sambut raya,kita sekarang ni dah sedar yg ramdhan dah pergi meninggalkan kita tapi tak ramai yg sedar yg qiamullail kita,baca quran kita,zikir kita pun turut berangkat pergi sama bersama2 ramdhan..pelik kan?

pengajaran ramdhan spt Ghazwatul Badar dan Futhul Mekah pun makin susut dlm jiwa kita.Medan Badar menyaksikan 313 tentera muslimin mengalahkan 1000 tentera musyrikin dan bagaimana hebatnya strategi Rasulullah ketika menawan kembali Mekah..semuanya berlaku di bulan mulia tersebut.

berbekalkan semangat Badar nilah,saya menyeru kpd semua yg nun di sana sudah menanti curahan tenaga,masa dan wang ringgit yg bakal menyaksikan pertembungan sengit pada PRK Bagan Pinang Yg akan diadakan tak lama lagi..sebelum ni,UMNO dan BN sudah tewas berturut2 7 x kpd Pakatan Rakyat..kini,masanya dtg lagi utk kita benamkam habis-habisan UMNO dan BN ni..

TEPAT,Tepat utk mengatakan yg UMNO dan BN kini makin ditolak oleh rakyat..mereka bakal ranap dek keangkuhan mereka sendiri..cukup angkuh mereka ni bila berkuasa..ingat mereka je yg ada kuasa,tak sedar yg ada lg yg Lebih Berkuasa..

Ayuh semua..kita hulurkan bantuan kita semampu kita demi perjuangan Islam,perjuangan umat,perjuangan rakyat,perjuangan nasional agar tercapai impian Islam Semalaysia yg bermaksud satu hari nanti hanya Islam menjadi pilihan bg seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama sbg titik penyelesaian..

Saturday, September 19, 2009

Terkesan Di Jiwa Saya..


Salam..
Alhamdulillah..berkesempatan raya kali ni saya dapat pergi menunaikan solat sunat aidilfitri dgn Tuan Guru saya sepertimana tahun2 sudah..

menariknya,khutbah kali ni dikupas dgn kupasan mengapa kita semua diminta bertakbir pada pg raya ni?juga apa natijah yg kita dapat setelah perginya "makhluk majazi" yg bernama ramadhan ni?

Allah,cukup2 menyentuh hati mendengar kupasan tuan guru saya..berlinang air mata ini bila mengenangkan tanggungjawab yg perlu dipikul bilamana kita melaungkan takbir dgn lafaz Allahu Akbar..

Allahu Akbar maksudnya Allah Maha Besar..tapi kupas tuan guru saya,betul ke mulut kita melaungkan takbir Allahu Akbar,tapi tindakan kita tidak mencerminkan yg Allah itu betul2 Akbar..kita ditipu dgn permainan mulut kita sendiri rupa2nya selama ni..

lepas itu,apa peranan kita semua selaku khalifah Allah Taala utk memastikan lafaz Allahu Akbar benar2 menjadi simbol kemegahan kita..kerana pg raya ni,seluruh umat islam seluruh dunia mengungkapkan kalimah yg sama..lafaz nilah sebenarnya mjd kekuatan kita umat islam bilamana kita meyakini dgn sebenar2 keyakinan bhw hanya Allah yg Berkuasa..sebarang kuasa selain Allah adalah habuk semata..

tuan guru saya juga menyentuh tentang natijah ramadhan..apa yg kita dpt?janji Allah utk org berpuasa adalah takwa..tapi kita dapat ke tak takwa ni?pg raya ni,kata tuan guru manusia berpecah kpd 2 golongan..satu golongan yg gembira krn betul2 memperolehi takwa dan satu golongan lagi sedih,kecewa krn ramadhan dibiarkan berlalu begitu sahaja..

usahkan nak dapat takwa,bahkan perangai bertambah teruk selepas ni..

Allah,terkesannnya saya..bila direnung dalam2 macam saya sorang je mangsanya..sekadar melaungkan takbir dgn penuh bersemangat tapi peranan saya terhadap kalimah tersebut???

apapun,saya tersuntik dgn satu semangat baru drpd tuan guru saya yg kita mesti terus melangkah ke hadapan,usah takut usah gentar.. kini dihadapan saya jalan perjuangan terbentang luas dgn liku2nya..untuk itu,saya tidak gentar menempuhnya..saya akan menyahut cabaran tuan guru saya ni ikhlas kerana Allah..

Anda???jom bersama-sama...

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Semua..Maaf Atas Kedhaifan

Salam..
pertamanya suka saya memohon maaf terlebih dulu krn dah lama sangat blog ni x diupdate..saya mohon maaf kerana saya sibuk uruskan hal yg sgt besar berkaitan diri saya sendiri dan beberapa sahabat saya..insyaAllah satu masa nanti saya akan zahirkan pada semua apakah 'hal' tersebut..juga bila keadaan mengizinkan,saya akn cuba bykkan bg pengisian pd ruang maya ni..

kesempatan yg ada,saya mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri dan maaf zahir & batin..ramadhan yg bakal berlalu sekejap lagi patut dijadikan medan muhasabah buat kita adakah sebaiknya kita menyambut ramdhan tahun ni?30 hari ramadhan bersama kita,gembira tak agaknya ramdhan dgn layanan kita?

kadang2,kita boleh tertipu dgn amalan kita pada bulan mulia ni,dan saya sendiri cukup hairan melihatkan setengah dari kita yg bersungguh2 beribadat pd bulan ni,tapi selepas ramadhan??hampeh...bukan maksud saya ingin mengatakan x boleh digandakan amalan pd bulan ni,bahkan sgt digalakkan akan tetapi,cuba anda perhatikan perangai setengah dr kita,xpayah org lain la,kita sendiri,bagaimana???

sbg contoh,bacaan al-quran seronok dialunkan pd bulan ni,tapi selepas ramadhan quran diletak balik ats rak yg tersusun rapi atas almari..solat berjemaah cukup dijaga walaupun kdg2 maghrib xberjemaah krn sibuk melahap juadah berbuka puasa,tapi selepas ramdhan,kesannya??

2 contoh di atas cukup untuk kita buat kesimpulan bhwasanya kita tertipu sebenarnya..tertipu dgn diri sendiri..

Sunday, July 5, 2009

Duhai Pemimpin Muda,Ayuh Bangkitlah!!! Vol.2


Salam..
Alhamdulillah berpeluang mencoret di sini walaupun dah lama x mg'update'kan blog ni..hehe..

juga berpeluang berkongsi dgn para pembaca semua sekali lg tentang tajuk di atas..kesinambungan dr entri yg lepas..

semasa saya mengendalikan slot ni,klip video yg pada mulanya dirancang utk dipasang ialah tentang perjuangan Al-Fateh,tapi berlaku sedikit kesilapan teknikal yg menyebabkan video ni xdpt dipasang..rasa terkilan jugak,tapi apakan daya,mungkin ada sesuatu di sebaliknya..kita tak tahu..

namun mujurlah,ada satu video terbaru yg mengisahkan tentang perjuangan ISLAM dari mula islam disebarkan yg bermula dgn seorang iaitu Rasulullah,hinggalah pada masa kini islam bakal diteruskn oleh generasi penyambung..video yg memakan masa belasan minit ni cukup utk menyegarkan kembali jiwa2 yg kering.ia laksana meneguk air di waktu dahaga jika kita betul2 mnghayatinya..

sudah pasti terlalu ramai tokoh2 islam yg kebanyakan bertindak sbg anak muda yg membantu perjuangan islam dapat dikupas kisah hidup mereka..sbg panduan kpd kita anak muda skrg yg kdg2 bertindak jauh di luar batasan emosi.juga tanpa disiplin ilmu yg berjerjak secara nyata di bumi..

lihatlah mereka,walaupun muda tetapi jiwa mereka matang dan hati serta perasaan mereka sentiasa dijaga utk selaras dgn kehendak Allah Taala..

jadi,timbul dlm fikiran saya utk menganjurkan satu program yg brtujuan utk mengupas tajuk ni semata-mata..saya kira,terlalu luas ruang lingkup yg mampu kita selidiki nanti..pastinya..kita mahu membangkitkan jiwa anak2 muda utk mengizzahkan islam..

insyaAllah.saya akan cuba laksanakan nanti..cuma masa akan menentukan..juga tentunya,tokoh2 pimpinan muda kampus akan dijemput utk memeriahkan lg program ini..

Monday, June 22, 2009

Sehebat Al-Fateh,layakkah KITA???


Bismillah..
sehari dua ni sibuk saya cuba downloadkan video Sultan Muhamad Al-Fateh yg disunting oleh Abg Syaari,SU GAMIS..tujuannya utk dipasang dlm satu slot nanti,insyaAllah..

sgt teruja saya menyaksikan video ni..cukup memberi inspirasi dlm diri..rasa terdetik dlm hati kecil ini utk jd sehebat beliau..adakah mustahil??rasanya x,kerana beliau juga insan biasa yg hidup penuh dgn disiplin imu agama dan ketenteraan yg penuh mencabar..

namun,yg membezakan kami sudah tentu cukup jauh jurangnya..saya cukup yakin dan pasti,sesiapa jua yg meneroka dunia perjuangan,pasti dan sah nama Al-Fateh cukup menjadi sebutan ramai..bagaimana hebatnya seorang anak muda yg menaiki takhta pd usia 19thn berjaya membebaskan kota Konstantinople 2tahun kemudiannya..

bandingkan dgn kita,di mana kita pada usia 19 tahun?adakah pada usia ni paling kurang kita dah cukup segala "PERKAKAS" di dada?maksud saya,sekadar ilmu fardu ain yg menjadi kewajipan atas kita semua bila bergelar mukallaf..

ni belum lg dibandingkan dr sudut akhlak,psikologi beliau,ruang pemikiran Al-Fateh dan kewibawaannya dlm memimpin..pendek kata,rasa segan BOLEH bertapak dlm hati kita semua krn beliau juga anak muda,anak muda yg mencari redha Ilahi.

kita semua yg berdegar nak teruskan perjuangan,suluh balik terhadap diri sendiri..macam mana aku ni ya ALLah?layakkah aku meneruskan risalah perjuangan yg suci ini walhal keadaan aku yg terkontang-kanting ni..

persoalan layak x layak bukan menjadi ukuran,yg paling penting PERJUANGAN mesti diteruskan..kerana kitalah harapan Allah dan Rasulullah..semampu kita..

Sunday, June 21, 2009

Duhai Pemimpin Muda,Ayuh Bangkitlah!!!

Terdetik di hati ini utk berkongsi dgn para pembaca semua tentang topik di atas yg cukup2 menarik..memang satu tajuk yg mencabar semua anak muda..

timbul satu persoalan,mengapa anak muda perlu bangkit?adakah selama ni mereka lemah,dangkal dan xberani menyahut cabaran??xkirala muslimin ataupun muslimat..

jawapan ana,tidak.tidak sama sekali!!bahkan anak mudalah yg mencorak sesuatu yg berlaku..merekalah tunjangnya..

sebenarnya,ini tajuk kuliah atau slot yg diberi kpd ana utk diceramahkan pada program sekolah shbt rapat ana di Machang hr jumaat ni..masa yg diberi bermula pukul 2.30ptg hingga pukul 4 selepas solat jumaat 26hb jun ni..

doakan saya dpt meneroka tajuk ni dgn baik nanti..kepada abg2 atau akak dr UIA khususnya yg membaca ruangan ni,boleh berkongsi idea atau anything kpd saya berkaitan tajuk ni..juga pembaca blog lain yg budiman sekalian..

sebab itulah,entri ni dipostkan awal bg mndapat sepatah selidah dr semua..
apapun,dengan girangnya saya menyatakan bahawa saya ingin mjd salah seorang anak muda yg bangkit nanti..secara umum,bangkit menjunjung sama ISLAM bersama para pejuang..saya ingin menurut langkah mereka2 yg telah syahid menemui Allah..

tunggu saya, semua..

Saturday, June 20, 2009

Kalau Tanya Saya,Ni Jawapannya..

Seminggu dua ni,isu kerajaan perpaduan makin hangat meniti di bibir mulut semua,khasnya ahli dan penyokong2 PAS..

satu peristiwa di kampung ana,bawah Parlimen Bachok penduduk kampung yg menyokong Pas sgt marah kpd TGHH dan Ust Nasha..sampai ada yg berkata 2 org ni patut OUT dr parti..Astaghfirullah..

jumaat 2 hari lepas,lepas habis kuliah Tok Guru Nik Aziz,ada satu kain rentang yg berbunyi"kami menolak kerajaan perpaduan,kami berdiri teguh di belakang TGNA" dan menuntut tandatangan dr org ramai sbg tanda sokongan mereka..

yg ana paling terkejut,ada yg menulis 'Hei hj hadi,ust Nasha,Mustapa Ali kamu kena letak jawatan'di kain rentang tersebut.aduh..ni dah tahap menghina pimpinan,fikir ana..

berlaku kecelaruan yg amat sgt akibat mainan media tali barut UMNO yg memutar belitkan setiap isu..moga Allah melaknat golongan ini dan humban muka mereka semua dlm kawah api neraka kemudian hari krn melaga-lagakan pimpinan islam..

walhal,isu yg berlaku menuntut kepekaan semua pihak dari mula sampai hujung..kata TGNA betul..kita terus menolak buat kerajan perpaduan dgn UMNo krn sah lg pasti UMNO jahat dan menyesatkan org,,pahit maung kerajaan kelantan xdirasai oleh org lain sbgmana tok guru.

begitu juga betulnya pandangan TGHH yg hanya melontarkan isu ni..di muktamar baru2 ni pun,perkukuhkan pakatan rakyat adalah agenda utama..masakan TGHH sengaja nak bg parti berpecah..

secara mudah,mana satu yg betul antara 2,jawabnya kita yg x betul..kita yg mudah sgt berbalah sesama sendiri..pemimpin berbeza pandangan adalah perkara biasa..kita yg xtau adab berjemaah..xpuas hati,terus dikutuk pimpinan..kalau kita yg berada di tempat mereka,apa kita nak buat??

bg ana,kita yg duk kat bwh nilah yg mudah sgt melenting..teringat satu hadis yg bermaksud.."gopoh-gapah tu dr syaitan,hati-hati tu dr Allah"..

Monday, June 8, 2009

Rehlah Ke PCB dan Satu Idea


Alhamdulillah,baru2 ni saya berpeluang bersiar2 di satu tempat menarik iaitu PCB(Pantai Cahaya Bulan)bukan dacing hehe..

pantai yg dulunya dikenali dgn nama pantai Cinta Berahi memang cukup indah pemandangannya..cukup memukau hati..sempat saya ambil beberapa keping gambar bersama shbt2 yg lain..

sambil kami duk makan kat gerai di tepi pantai,saya mengajukan satu idea kpd shbt2 semua..memandangkn sebelum ni kami baru selesai program,jd terlintas di fikiran saya utk melontar cdgn tersebut..

"apa kata kita semua tubuhkan satu konsultant yg menganjurkan program2 kat adik2 sekolah bg membentuk daya kepimpinan dan mentarbiyah mereka semua"??aju saya kpd shbt yg lain..

ini kerana saya melihat komitmen shbt2 saya semua dan post-mortem program yg mengatakn program kami cukup berjaya dgn izin Allah SWT yg mana kebanyakan para peserta menunjukkan perubahan yg sgt positif..

Alhamdulillah,idea ini disambut baik dan kini kami dlm perancangan untuk tindakan selanjutnya yg akan menyusul nanti..insyaAllah..buat pengetahuan pembaca blog ni sekalian,sasaran kami adalah di peringkat sek menengah dan sek rendah shj stkt ini..kami akan cuba menawarkan perkhidmatan Training Camp yg cukup berbeza dr yg lain..kami akan cuba..

paling penting,ini juga sbg sumbangan kerja dakwah kami kpd ISLAM dgn membentuk generasi muda yg betul2 cintakan ISLAM..

sebarang komen,cadangan,tambahan idea dr anda semua sgt2 dialu-alukan bg membantu kami semua..saya akhiri dgn ribuan terima kasih..

Saturday, June 6, 2009

Kahwin Awal???


Semalam saya berpeluang mhadiri 2 jemputan kenduri kahwin di rumah shbt lama saya,satu di Kuau(Jelawat) dan satu lg di Kota Bharu.

Ikutkan hati,malas juga nak pergi.dahlah cuaca panas,jauh pulak tu.tapi,kerana harap meraikan shbat dlm menjaga perhubungan kami tambahan pula ramai juga shbt lain nak pergi,jadi saya pun pergi juga.

Tup-tup,sampai di rumah shbt kedua di Kota Bharu,apa lagi terus makanla..hehe tambah lagi ada sorang shbt yg ikut sekali ni suka makan..hehe..jgn marah ya Din..

tapi,yg nak cerita kat sini ialah selepas makan tu,pengantin lelaki ajak kami semua pula bergambar..wah,seronoknya..rasa saya pula yg kahwin(fikir saya)..hehe.

tapi,umur pun masih muda,perlu ke kahwin awal??hehe,saya percaya persoalan ini bermain-main dlm minda anak muda kebanyakannya..kalau berpeluang,ingin rasanya saya mencoretkan pandangan saya selama pengajian selepas berbincang dgn Tuan Guru sendiri dan ramai lg shbt2 pondok lain..

tapi,seronok juga kahwin awal ni kan??ia MEMATANGKAN fikiran kita di samping membina rasa tanggungjawab yg lebih kpd semua..

kepada shbt2 yg nak kahwin awal,tahniah awal saya ucapkan..kepada yg dah kahwin.moga rumah tangga yg dibina berkekalan selamanya hingga ke SYURGA..insyaAllah.

Wah,seronoknya berprogram..


Rasa letih yg dialami selama 3 hari berprogram bersama adik2 dari Maahad Saniah yg diadakn di Lata Belatan terubat selepas post-mortem pd hari terakhir yg mengatakn program yg dirancang itu berjaya sepenuhnya..

Pengarah program,sahabat ana Saudara Wan Hazim merupakan org yg paling gembira krn hasratnya utk melaksanakan agenda seterusnya di sek lama beliau dpt dirancang dgn lebih baik selepas ini.Syabas ana ucapkan atas usahanya itu dan ana doakn beliau tekun dan istiqamah dlm apa jua tindakan dakwahnya,insya Allah.

Saya yg diamanahkan utk mengisi slot disiplin sgt teruja dgn aturcara program yg mana acara kemuncak adalah slot muhasabah pd malam akhir itu..sesungguhnya banyak benda yg dikongsi bersama adik2 dan saya juga mdpt sedikit 'sentuhan baru' dgn bergandingan dgn 2 shbt muslimat dr UM yg bersungguh mendidik adik2..

Program yg dilalui bersama shbt2 banyak meninggalkan kenangan manis bersama yg XMAMPU dilahirkan melalui kata-kata biasa..seronoknya Allah yg tahu..moga Allah membalas usaha baik semua yg mentarbiyah adik2 dgn penuh ikhlas tanpa sebarang ganjaran upah berbentuk pujian yg melekakan ataupun berbentuk material..

Monday, June 1, 2009

Himpunan Pemuda Pakatan Rakyat

Teruja mengikuti pemilihan pimpinan sempena Muktamar PAS kali ke-55 yang akan blngsung awal bulan depan...beberapa jawatan penting spt Presiden,Ketua Dewan Ulama dan Ketua Pemuda menang tanpa ada pertandingan..

tahniah dan syabas kpd PAS selaku jamaah Dakwah dan Politik tanah air yg cukup berpengalaman krn mempunyai ramai ahli2 yg cukup berwibawa..

Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi yg diberi amanah menerajui sayap pemuda memang cukup layak berada di post tersebut..gandingan beliau dan rakan2 yg lain diyakini mampu membawa imej Pas di persada politik tanah air.

dulu,pernah diadakan satu himpunan pemuda Pas di Padang Perdana,Kota Bharu yg mencatatkan penyertaan seramai 15,000 org..jadi apa kata Ustaz Nasruddin bersama pimpinan pemuda yg lain cba menganjurkan satu Himpunan Pemuda Pakatan Rakyat yg saya rasa jumlah kehadiran akan meningkat berkali ganda lg.

bagi saya yg serba dhaif ini,suasana ini penting bg menggambarkan kpd pihak lawan kita bhwasanya PEMUDA senantiasa bersiap sedia berdepan dgn apa jua cabaran demi memastikan keadilan dpt ditegakkan,seterusnya ISLAM didaulatkan.

mungkin org luar akan terkejut dgn pemuda yg berbgai bangsa dan agama dpt duduk bersama,mencapai satu resolusi Pemuda Pakatan Rakyat dann diserikan dgn taujihat dan amanat drpd Pimpinan Tertinggi pd slot akhir himpunan tersebut..

mungkin benda ni boleh difikirkan,walaupun kita tahu pemuda sentiasa sibuk dgn agenda mereka...

Saturday, May 30, 2009

Keputusan Yang DANGKAL Sama Sekali........

Salam,wah tertarik ana dgn satu isu yg dibuat oleh Tan Sri Muhyidddin Yassin selaku Menteri Pelajaran yg baru...ni yg rasa nk brkngsi dgn pembaca semua ni...

Kerajaan semalam mengumumkan had bg mata pelajaran utk SPM ialah stakat 10 shj..xboleh lbih drpd itu..
alasannya ialah bg memudahkan proses pemberian biasiswa kpd para pelajar...stakat ana ikuti,1 ni je alasan kerajaan..

Aii,pening juga ana..ya ke bgini alasannya?ke akibat taksub politik kepartian yg melampau???bg penulis,kerajaan amat takutkan kecemerlangan yg dicapai oleh pelajar negeri Kelantan(negeri ana ni,hehe) yg mana sekolah2 dibwh kelolaan YIK dibwh naungan kerajaan negeri yg dipimpin oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz yg juga merangkap Mursyidul Am PAS..

kita lihat pada thun yg sudah,adik Siti Fatimah yg dpt 18A diikuti dgn Nik Nur Madihah dgn 20A hgakan kerajan pun X UMUM siapa peljar terbaik SPM thun tersbut..

kita ingatkn Muhyiddin Yassin yg ambl alih Kementerian Pendidikan dpt bg sdikit nafas lega kpd sektor ni,tapi rupa-rupanya......(fikirlah sendiri)..
Dasar PPSMI pula mintak 6 bulan lg utk kajian..Allah,nak kaji apa bnda lg.dah brtimbun org hantr memorandum,buat kertas kerja,bentang sana-sini dan yg terbaru pelancaran sejuta poskad olh Sasterawan Negara sendiri..

pelik la Umno ni,akibt tkut nama pelajar dr sekolah Kerajaan Negeri atau mudah nak faham kerajaan PAS Kelantan dijulang oleh masyarakat bukannya sekolah dr kementerian,sanggup digadaikan maruah mereka dgn keputusan dangkal begini..

walhal,kejayaan mereka inilah mjd pemangkin dan dorongan kpd adik2 yg lain utk giat berusaha lbh gigih lg...

kesimpulannya,itulah UMNO yg mjd pujaan mereka yg taksub kpdnya..opss,UMNO x salah tapi yg salah adalah segelintir pemimpin UMNO yg keras kepala,yg terus bergelumang dgn dasar parti yg diumpamakan sbg "barang kotor"..