Saturday, October 24, 2009

Salam Perjuangan,Salam Penulisan,Bingkisan Pejuang Dari Saya

Salam

Terima kasih kepada pembaca yang memberi komen atas cerpen yang saya tulis. Ringkasnya, memang saya minat menulis, cumanya sebelum ni mungkin disebabkan masa yang terhad, ketidakmampuan saya sendiri untuk berada di atas pentas penulisan dan mungkin pengalaman yang masih cetek.

Apapun, saya cuba mulakan madah penulisan saya dengan cerpen Qurrotul'aini. Alhamdulillah,kata orang, ceritanya meruntun hati dan perasaan.

Maka, terlintas di hati saya selepas mendengar pandangan daripada seorang hamba Allah yang sangat saya kasihi untuk menyambung cerpen berjudul " Monolog Hamba Dengan Pencipta". ia bakal mengupas tentang persoalan hamba itu sendiri,dalam kesayupan malam bergema alunan zikir dari lidah yang pada awalnya kelu dan berat menuturkan nama Zat yang Maha Agung.


Cerita ini insyaAllah akan saya cuba semampu mungkin untuk berkongsi panduan rohani dalam berbicara dengan Pencipta kita.

Saya amat-amat memerlukan komen,kritikan membina,cadangan idea untuk bekalan diri saya yang baru bertatih ini.

Mudah-mudahan cerita ini nanti memberi manfat kepada kita semua. Saya mengundur diri dengan mengatakan insyaAllah cerita ini akan keluar secepat mungkin. Secepat masa yang dikurniakan Allah kepada saya untuk berkarya.

Thursday, October 22, 2009

Qurrotul'aini 3


“ Abi, abi tak mengajar ke malam ni, jauh termenung”, tegur anakku Muhammad yang ketika itu sudah berusia 36 tahun. Dia juga sudah beristeri dan mempunyai 2 orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki bernama Uwais Al-Qarni dan yang perempuan diberi nama Rabiatul Adawiyah. Keduanya berusia 6 dan 4 tahun. Uwais anak yang sulung.

Yang teruja, nama isteri anakku sama dengan nama ibunya. Mungkin itu takdir Allah Taala kepada anakku. Dia tak pernah mendapat kasih sayang dari ibunya dan membesar tanpa belaian manja seorang ibu. Mungkin Allah aturkan begitu untuk dia berkongsi suka dan dukanya dengan insan yang sama nama dengan ibunya.

Maha bijak percaturan Allah. Pengatur dan pentadbir segala sesuatu. “ eh, taklah Mat, abi sedang memikirkan satu benda sahaja, betapa Allah bijak mengatur kehidupan kita semua”, aku berdalih. “ mat gantikan abi malam ni boleh, abi rasa penat sikit la”. Aku bersuara lembut padanya.

Aku biasanya akan mengajar orang kampung yang datang ke masjid. Masjid itu cuma bersebelahan dengan rumahku. Aku membinanya bersama-sama dengan penduduk kampung hasil duit sumbangan orang ramai. Aku cuba menolak anakku untuk menggantikanku pada malam tersebut.

Selepas belajar di pondok, dia menyambung pengajiannya di Syria, kemudian ke Mesir, akhir sekali ke Jordan. Sekarang dia membuka sekolah menengah agama persendirian dan menjadi mudir di situ. Dia juga aktif dalam pentas perjuangan Islam, bersama-sama denganku dalam satu rangka jemaah Islam.

“ Mat, seminggu dua ni abi asyik teringatkan ummi Mat la, kenapa ya, abi rasa rindu nak jumpa ummi” aku berceloteh seperti kanak-kanak kecil. Lama aku tak bergurau dengan anakku itu. Yang biasa diusik dan mengusik, 2 orang cucu kesayanganku lebih-lebih lagi Rabiah, wajahnya ada iras neneknya.

Dia juga jenis anak kecil yang banyak cakap. Geram aku melihatnya. Pernah satu hari dia bergurau denganku “ atuk, kenapa ya adik tengok janggut atuk warna putih, tapi janggut papa warna hitam, atuk tak suka Colour hitam ya” keh.keh. dia tergelak.
Aku juga tergelak. Melihat telatah cucu kecil itu. Dia dan abangnya, Uwais sama sahaja, sangat suka mengusik, macam atuknya dahulu. Hehe...

Tapi ada satu gurauannya yang buat aku terkesima. Dia pernah bergurau “ atuk, boleh adik tanya rupa nenek macam mana ya?” papa cakap kat adik rupa nenek ada sama dengan adik, betul ke? Tapi adik tak percaya la, adik rasa mesti nenek macam rupa pelakon dalam TV kan?

“ papa juga cakap atuk sayang sangat kat nenek, papa suruh adik jadi macam nenek, barulah atuk sayang adik kan?”dia mengomel makin panjang. Dia menyambung “papa cakap, bila adik besar,adik kena selalu sebut nama Allah. Barulah Allah sayang kat kita kan?”

Kali ini, aku cuma mengusap lembut kepalanya. Bukan tidak mahu menjawab, tetapi biarlah anak kecil itu belajar sendiri memahami rentak-rentak hidup. Orang tua sebagai pedoman dan ada kalanya berikan teguran yang membimbing jiwa anak kecil seperti itu. Kerana mereka perlukan dorongan.

“ boleh kan Mat, gantikan abi ya?” soalku bila nampak dia mendiamkan diri. “ em, insyaAllah, tapi kalau abi rasa lain macam, bagitau Mat ya, Mat bawa abi pergi klinik malam nanti ”. Aku menganguk lembut. Azan maghrib berkumandang.

Kami bergegas solat maghrib berjemaah. Kelihatan ahli jemaah sudah ramai yang hadir untuk mendengar kuliah agama. Selepas solat maghrib, aku juga duduk di situ. Mendengar kuliah yang disampaikan oleh anakku.

Melihat gayanya,rasa nak tergelak. Macam ayahnya. Dengan bahasanya, gaya badannya, tak ubah macam ayahnya waktu muda-muda dahulu. Bahkan, orang kampung pun sering mengatakan, Ustaz Mat macam copy paste dengan ayahnya.

Masa tu, teringat aku pada pesan arwah isteri dahulu “ abang jaga anak kita baik-baik ya, Siti nak dia jadi macam abang ”. kini, amanah abang sudah selesai. Abang dah tunaikan janji abang untuk didik dan jaga anak kita baik-baik. Untuk jadikan dia hamba yang takut kepada Allah. Abang rendam takwa dalam hatinya agar dia jijik berbuat maksiat kepada Allah dan rindu hatinya kepada Allah.

Selesai kuliah, kami solat isyak berjemaah. Kepalaku sudah rasa pening-pening. Badanku juga terasa lain macam. Namun kugagahkan jua untuk meghadap Allah dalam solat. Selesai solat, aku bersalaman dengan ahli jemaah, dan semua sahabat-sahabatku yang hadir.

Aku melambaikan tangan kepada mereka sebagai tanda kemaafan. Aku boleh merasakan waktuku sudah dekat, waktu untuk kembali bertemu siapa Penciptaku. “ Mat, abi nak balik tidur jap, rasa letih sangat la” aku memberitahu anakku dengan suara yang hampir tenggelam. “ pagi nanti kejut abi ya, kita qiamullail bersama nanti, itu pun kalau abi sedar ya,” kali ni aku cuba tersengih, menyembunyikan perasaan pada anakku itu.

Anakku mengangguk dengan wajah yang sedikit sayu. Balik ke rumah, aku mengambil wuduk dan bersedia ke tempat pembaringan. Badan terasa makin berat. Rasa letih dan dada berkocak kencang. Doaku, kalau Allah mengambil nyawaku, matikan aku dalam husnul khatimah. Saat kembali bertemu Allah, saat yang menggusarkan namun aku mengharapkan sangat kasihan belasNya.

Antara takut dan harap yang sangat. Mudah-mudahan Allah terima amalanku dan redha denganku. Mungkin ini tidur yang terakhir. Siapa tahu. Pintaku jua,lama aku berpisah dengan isteriku dahulu, pertemukan kami nanti disyurgaMu wahai Allah, Zat yang Maha pengasih kepada hambaNya.Anta maqsudi, wa ridhoka matlubi..

Tamat......

**************
Terima kasih kepada semua pembaca yang mengikuti cerita Qurrotul’aini ini. Saya mendapat komen mengatakan cerita ni cerita betul. Oh tidak, ia rekaan semata-mata.
Ia cuma mencuit jiwa muda yang inginkan kebahagiaan. Ia ibarat taman yang subur dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni.

Ramai juga yang komen, ada kaitan dengan hidup saya ke? Secara berseloroh dan sedikit serius, saya menjawab ya. Cerita ini ditujukan khusus kepada kakak yang saya kasihi dunia dan Akhirat, Siti Hajar Binti Mohd Noor.

Namun, Qurrotul’aini sebenar setakat ni dalam proses perbincangan. Ye ke saya ni?:) Apapun, orangnya boleh dikatakan sama watak dengan Siti dalam cerita ni. Maksud saya, ciri muslimat tersebut. Saya bergurau? mungkin ya, mungkin tidak.


Oh, lupa bagitau namanya. Usah anda berteka-teki. Namanya sama dengan nama arwah isteri tuan guru saya. Anda pergilah ke Pondok sana. Jawapan ada di situ.di tangan tuan guru saya.keh..keh.

Dialah pilihan saya. Hehe...anda kenal dia? sekali lagi, mungkin ya, mungkin tidak. Maka, saya mengatakan, saya ingin tawakkuf di sini, Cuma, tolong doakan saya. Bertemu pada cerpen yang lain..

Monday, October 19, 2009

Qurrotul'aini 2

Selesai menghantar Muhammad,aku pulang ke rumah. Fikiranku kembali menerawang. Mengimbau suka dan duka lama.Terngiang-ngiang kata anakku petang tadi. Aku cuba membelek foto-foto lama. Terlihat gambarku dan isteriku waktu kahwin dahulu. Bahagia rasanya hari tersebut. Masakan tidak, aku dinikahkan sendiri di hadapan tuan guruku. Ramai sahabat-sahabat kami yg datang. Pertamanya, kerana meraikan kami . Keduanya, mereka ingin bertemu siapakah tok guruku, kerana majlis kami diserikan dengan kehadiran seorang ulama .

Majlis kami, walaupun cukup ringkas namun amat bermakna. Aku mengambil berkat tuan guruku yang akadkan hubungan kami. Doaku agar ia menjadi titik tolak kepadaku untuk membina hidup berkeluarga berteraskan paksi payungan ulama. Ia sejuk dan menyegarkan. Sesejuk air terjun nun di kaki bukit tinggi. Beberapa keping gambar lama kubelek satu persatu. Sebak rasanya melihat gambar-gambar tersebut.

Memoir lama datang satu persatu. Aku juga masih ingat saat-saat awal pernikahan kami. Betapa tidak, rumah tangga kami dipenuhi dan dicambahi dengan majlis-majlis ilmu. Aku sendiri yg mengajarkan ilmu agama kepada isteriku. Malam-malam kami diserikan dgn perbahasan ilmu aqidah, ilmu fekah dan tasauf. Tidak lupa juga aku mengajarkannya ilmu hadis. Ilmu-ilmu haraki turut dikupas. Memang seronok. Selesai mengajar, ada pulak hidangan air dan sedikit kuih-muih. Isteriku yang buatkan, katanya air tangan isteri lebih berkat..keh..keh.nak tergelak aku rasanya,habis tu air tangan suami? aku bertanya sambil bergurau..

Pernah satu malam aku syarahkan tentang hikmah melakukan Sai’e di mekah. Ia bermula dari bukit safa ke marwah. Aku mengatakan ia mengambil sempena dgn pengorbanan yang dilakukan oleh seorang wanita tabah yang bernama Siti hajar. Sama nama dengan isteriku. Bagaimana tabahnya wanita itu mencari air untuk diberikan kepada anaknya Ismail, bayi kecil yang ditinggalkan oleh ayah demi menyahut seruan agama. Nabi Ibrahim meninggalkan mereka berdua di tengah padang pasir yang tandus tanpa menoleh ke belakang, bukannya kerana tidak kasihankan isteri dan anak tercinta, tapi dia takut jika dia menoleh ke belakang hatinya tidak tergamak untuk berbuat demikian.

Namun,kerana yakin dengan janji Allah, misi diteruskan jua. Baginda pergi menyahut seruan Allah dan istiqamah dengan prinsipnya. Betapa jiwa Siti Hajar cukup teruji. Duji sedemikian rupa hebatnya. Tapi, Siti Hajar, kataku pada isteriku, wanita yang bukan sekadar taat pada suami tetapi berjiwa hamba kepada Pencipta. Hatinya dijeruk dan diperam cinta secinta-cintanya kepada Allah. Dia wanita yang mengerti betapa untuk mendapat kasih sayang Allah, pengorbanan besar perlu dilakukan.

Mendengarkan cerita tersebut, isteriku bergurau “ bang, boleh tak kalau Siti nak jadi macam Siti hajar, tabah hadapi hidup dan taat suruhan Allah. Siti nak Allah sayang kat Siti” dia menyambung lagi “ tapi abang jangan la selalu tinggal Siti kat rumah, sibuk je memanjang, tak der masa dengan isteri sendiri”. Aku tersenyum, kemudian membalas lembut “ Siti, abang tinggal Siti bukan saja-saja tau, abang pergi menyahut tugas dengan masyarakat, untuk perjuangan Islam sayang”.

“Siti nak tau sesuatu tak?” aku bertanya sambil tergelak. “ apa dia,bang” jawabnya manja. “ Siti, kalau Siti nak tahu, isteri yang redha suaminya tinggalkan dia demi perjuangan Islam, di Akhirat nanti dia masuk syurga 500 tahun dahulu tau berbanding suami dia. Allah bagi peluang untuk si isteri berhias diri bersiap sedia menyambut kedatangan suami tercinta di depan pintu syurga nanti, Siti tak nak ke?” kali ni aku bertanya sambil mencubit pipinya.

“ eh, mestilah Siti nak. Siti nak bersiap awal-awal, nak tunggu abang,”. Dia menjawab. Aku pula membalas “ kalau siti nak tunggu abang, Siti mestilah selalu tolong abang dalam perjuangan Islam ni ya, siti kena janji yang susah dan senang dalam jalan yang kita pilih ni, kita tanggung bersama ya”. Di membalas seikhlas hatinya “ ya,kita tanggung bersama nanti”.

Memang begitu rutin hidup kami. Aku cuba mendidik isteriku agar hatinya sentiasa tenggelam dalam keasyikan cinta kepada Allah. Kataku padanya juga, “nilai hidup kita ni sebenarnya hampas sahaja tanpa takwa”. Tanpa panduan takwa, manusia hidup penuh kesombongan. Sombong dengan kebanggaan diri sendiri walhal manusia itu sendiri dijadikan dari sumber yg hina. Betapa tidak, dari air mani yang kotor.

Geli geleman kita nak melihatnya, apatah lagi menyentuhnya. Tapi itulah hakikat. Manusia dijadikan dari situ. Tapi bila manusia mengenal dunia, mereka lupa asal usul. Lupa akan kondisi mereka asalnya dari benda yang jijik.
Namun, kami mengecapi hidup bersama tidak lama. Kebahagiaan yang kami kecapi diselit dengan cuitan dari Allah Taala. Hikmah yang sangat besar dan rahsia Allah yang sangat luas. Maha luas. Allah mentakdirkan dia hidup denganku tidak lama. Saat aku terkapai-kapai bertemu teman untuk dikongsi suka dan duka, Allah memanggil hambaNya itu kembali.

2 minggu selepas melahirkan Muhammad, isteriku mengadu sakit dalam perut. Memang sebelum ni pun doktor cakap dia ada sejenis jangkitan virus dalam perut. Anehnya, penyakit tu tak dapat dikesan. Tapi ditambah dengan kesan bersalin, penyakit itu menjadi-jadi. Dia dikejarkan sekali lagi ke hospital.

Masih segar dalam ingatanku, pada waktu pagi tarikh yang tak akan aku lupakan seumur hidupku, dia berkata padaku “ abang, boleh tak abang datang dekat dgn Siti? Siti nak bisikkan sesuatu kat abang”. Aku menghampirkan diri kepadanya. Dia berbisik lembut “ abang,sepanjang hidup dengan abang, abang banyak mengajar Siti mengenali dan mencintai Allah. Siti tak lupa kata-kata abang bahawa ‘ cinta kita sesama makhluk adalah wasilah untuk kita mendapatkan cinta hakiki dari Allah’.

“ abang banyak mengajar Siti kenal erti hidup sebagai hamba, kan bang pernah kata di dunia kita hidup bertuhankan Allah, di akhirat biar kita berjumpa Allah dalam keadaan Allah redha kepada kita,kerana Allah pemilik jiwa kita. Siti nak pergi jumpa siapa pemilik Kita yang sebenarnya,boleh kan bang?”soalnya digenangi dgn air jernih yang mula bertapak di mata itu.

Aku menjawab perlahan “ boleh, abang pun nak pergi sana nanti. Nak tengok Allah senyum kat kita bila kita jumpa Dia nanti”. Aku ingatkan sengaja dia ingin berpesan padaku. Sebelum ni pun, rumah tangga kami dihiasi dengan nasihat-menasihati antara satu sama lain. Tika aku terlupa, dia yang mengingatkanku.

Bahkan, soal ibadat kami pun bersama. Tadabbur Al Quran bersama. Qiamullail bersama. Munajat bersama. Menangis waktu munajat pun bersama. Aku sering kali ingatkan dia tentang hadis yang bermaksud ‘ 2 jenis mata yang diharamkan neraka untuk menjilatnya, pertama mata yang berjaga di jalan Allah. Kedua, mata yang menangis takutkan Allah. Kami ingin sekali mengambil berkat dari hadis ni dengan amalan kami sementara masih hidup ini.

Acap kali aku renung maksud hadis ni secara mendalam. Pintaku,kami berdua sejahtera dari sambaran JahanamMu yang sangat menakutkan itu di hari Akhirat nanti. Sambaran yang tidak mengenal sesiapa. Jahanam menyambar mana-mana orang yang hidup menderhakakan Allah, hidup yang berpaksikan kepada kepuasan hawa nafsu semata-mata.

Jahanam juga mengheret manusia yang rakus kepada dunia. Manusia yang kotorkan diri mereka dengan dosa yang menjelekkan. Jahanam tidak punya perasaan,hanya menurut perintah untuk menyambar dgn rakus. Ia menjilat sesiapa sahaja yang menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan. Bunyi luapan Jahanam pun dah cukup mengerikan dan menakutkan.
Dari jauh, Jahanam menyeru “ di mana kamu wahai manusia yang dilaknat Allah, di mana kamu wahai manusia yang celaka. Hari ini, tiada tempat untuk kamu melarikan diri, akulah lubuk kamu. Kamu penghuni aku selama-lamanya. Celakalah kamu kerana jauh dari agama sewaktu kamu hidup dahulu. Celakalah,celakalah, celakalah”, Jahanam menyeru.

Ya Allah, hatiku merintih sayu. Meraung dalam kegelisahan hati yang berkecamuk. Bagaimana nasib kami suami isteri nanti? Sentiasa persoalan ni berlegar-legar. Menghantui hidup kami berdua. Kami pohon jauh dari semua itu. Kami bina perasan takut akan azabMu di akhirat nanti.

Namun, menjelang tengah malam, keadaan isteriku makin tenat. Masa tu, hanya aku dan Muhammad yg berusia 2 minggu berada di situ. Dia yang kelihatan lemah menahan kesakitan merenung tepat padaku dan berkata “ bang, Siti bahagia hidup dengan abang, Siti nak minta maaf atas segala salah silap Siti sepanjang hidup kita berdua, kenangan kita berdua hanyalah anak kecil tu ya. Abang jaga dia baik-baik ya. Dekatkan dia dengan Siti, Siti nak cium dia buat kali yang terakhir”.

Lepas itu, nafasnya naik turun tersekat-sekat. Dia cuba bersuara lagi, antara dengar dan tidak “ Siti kasihkan abang dunia dan Akhirat”. Terus keadaannya menjadi nazak. Bertarung nafas dengan Izrail, si pencabut nyawa. Aku mengajarkannya kalimah syahadah dan sejurus mengucap, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir disisiku dan di sisi anak kami. Dahinya terpercik peluh dan bibirnya kelihatan tersenyum.

Ya Allah, beratnya ujianMu ini. Sedihnya hati ini tak terkata. Lidah aku kelu untuk berbahasa. Hati aku bergelora, bagai dihempas gelombang tsunami yang menggila. Aku cuba menahan air mata dari mengalir di sisi anak kecil itu, tapi aku tumpas. Aku tewas dengan perasaan kasih dan sayangku kepada insan yang aku pilih dunia dan Akhirat.

Namun, aku redha, Allah lebih sayangkannya. Ambillah Wahai Allah, aku redha dia pergi menemuiMu walaupun hati ini berat sebenarnya tapi Engkau lebih Bijak membuat percaturan hidup. Kerana Engkaulah Al-Hakim....
******
Aku sendiri yang mandikan, kapankan dan imamkan solat ke atas jenazah isteriku. Aku juga yang merangkul jasadnya untuk dimasukkan ke dalam liang lahad. Sejurus meletakkannya, aku bangkit dan berdoa sebagaimana Rasulullah berbuat demikian pada sahabat baginda yang dikasihi yang wafat dalam satu peperangan. Sahabat-sahabat yang berada di atas kuburan melihat Nabi berdoa demikian masing-masing mengatakan cukup bertuah kalau jenazah itu adalah jenazah mereka.

Kerana itu doa dari Nabi sendiri. Aku berdoa “ Wahai ALLAH, aku kasih kepada isteriku namun Engkau lebih kasih kepadanya. Aku banyak terhutang budi padanya. Dialah penawar waktu dukaku pada jalan Islam. Aku redha padanya dan aku mohon Engkau pun redha padanya. Pertemukanlah kami kembali di syurgaMU nanti”. Aku menangis teresak-esak.

Sayu hati melihat tanah mulai dikambus. Aku yang mendukung Muhammad ketika itu hanya memasang satu azam. Akan kubesarkan anak ini sebagai amanah dari isteriku. Akanku jaga dia baik-baik. Itu janjiku. Alhamdullilah, segalanya selesai. Dia selamat dikebumikan. Teringat aku akan maksud hadis “ seorang isteri yang mati dalam keadaan suaminya redha padanya, maka Allah ganjarinya dengan syurga”. Moga dirimu bahagia di sana sayang. Tunggu abang, abang juga akan ke sana. Detus hati kecil ini.

Aku tersedar dari lamunan panjang. Lama rupanya aku terkenangkan hidup kami dahulu bila melihat foto-foto lama ini. Air mataku juga tumpah, menerjah pipi tanpa disedari. Kerana itulah wahai Muhammad, anakku sayang. Abi tak dapat bawa balik Ummi kerana dia pergi yang tak akan kembali lagi. Maafkan abi sayang. Jiwa abi juga tertutup untuk menerima kehadiran wanita lain dalam hidup ini, walaupun ada orang yang menawarkan abi untuk berkahwin lagi.

Biarlah abi tak kahwin lagi, kerana ibumulah satu-satunya wanita yang istimewa yang mengetuk pintu hati abi. Tugas abi sekarang adalah mendidik kamu. Kata-kata keramat ibumu pada abi masa kamu lahir dahulu “ Siti nak dia jadi macam abang”. Itulah amanah ibumu pada abi. Kamulah pengikat kasih kami berdua. Kamu sebagai kenangan abi pada ibumu. Kamu zuriat kami berdua.
********
Siri terakhir akan menyusul nanti.....

Sunday, October 18, 2009

Sambutan Raya Lagi...

Berkesempatan datang ke majlis sambutan aidilfitri yg diadakan d Taman Melewar tadi..cukup meriah..sangat seronok..beberapa keping gambar diambil..hehe..berkongsi dgn anda semua..

Kagum Dgn Tokoh yang sgt disayangi ini..

yang kanan tu bakal Nizar kedua nanti..hehe..

bersama Dato' Husam

dgn Ustaz Din,abang dalam perjuangan...

dan tuan blog ni,bakal ahli parlimen 20 tahun akn datang.doakan,insyaALLAH..:)

Tuesday, October 6, 2009

Qurrotul'aini

“ Abi,abi, terima kasih ya hantar Mat” ujar anakku Muhammad yang baru berusia 8 tahun. Aku menghantarnya kembali ke pusat pengajian pondok selepas hampir 2 minggu cuti maulidur rasul. Aku mghantar mutiara hatiku belajar di pondok sejak dia berusia 5 tahun lagi. Aku tak mahu hantarnya ke sekolah biasa, kerana aku mahu tarbiyah anakku itu dgn suasana pondok ketika kecil lagi. Kata orang ‘ melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Aku dulu tidak sempat sepertinya, kerana aku mengenali pondok dlm usia yg remaja. Harapanku, agar dia menjadi seorang ulama yg bakal beraksi menruskan perjuangan Rasulullah.

“ Mat belajar rajin2 ya, jgn nakal2, dgr cakap ustaz tu” pesanku dgn penuh kasih syg. “ Em,ya la abi. Abi, nanti kalau Mat dapat hafal kitab Matan Ajrumiah nanti, abi bawak balik ummi ya” sampuknya brsahaja. Aku terkedu seketika dgn kata2 anak kecil itu. Aku cepat2 mgalihkan pandgnku. Tidak mahu anak kecil itu melihat raut wajah ayahnya.

Memang dia selalu sebut tentang umminya. Kataku padanya sewaktu dia kecil2 dulu,” ummi mat pergi jauh, nanti bila mat belajar sungguh2, jadi orang alim,abi bawak mat jumpa ummi ya sayang”. Memang dia budak yg cerdik. Ustaz Ahmad, ustaz di pondok tu kata dia sorang budak yg cepat belajr,cpt fahm sesuatu cumanya kdg2 dia ni suka mengusik..keh keh.hampir ketawa aku bila ust Ahmad katakan begitu. Mcm perngai aku masa kecil.

Teringat aku masa dia lahir dulu, aku yg letakkan namanya Muhammad. Juga teringt gurauan dgn isteriku sewaktu sarat mengandungkn dia “ Siti, kalau kita dpt anak lelaki, bg chance kat abg letak nama kat dia ya, tp kalau anak perempuan Siti yg bg nama ok? Kan adil tu? Hehe.aku ketawa kecil.

Isteriku menjwb lembut, “ yalah tu, siti menurut saja, baik kata abg, baik juga buat siti “. Aku memeluk isteriku erat. Memg dia sorng yg patuh pd suami hatta pada hal2 kecilpun dia x membntah. Aku bertuah punyai isteri sprtinya.

Sengaja aku namakn anakku dgn nama Muhammad. Mengambil berkat dr nama insan teragung sepanjang zaman. Ya,sama sperti namamu Ya Rasulullah yakni Muhammad bin Abdullah. Moga akhlak anakku juga seelok akhlakmu,jiwanya besar spt jiwamu. Dan engkau akn berbangga dgn perjuangan anakku meneruskan risalahmu di hdpn para-para nabi kelak. Itulah maksudku menamaknya begitu.

Kerna aku mengerti, dialah bekalanku nanti. Aku mahu dia jd anak yg soleh agar mjd aset buatku dan istriku balik mghadap Allah nanti. “ Abi, abi x dgr ke apa Mat ckp td “? Soalnya mndesak bila nampak aku buat tak endah sahaja.“ oh, apa Mat cakap td, abi xdgr la, abi tgh fikir sesuatu td” aku mncipta alsan. Walhal aku sgt takut diajukan soalan sedemikian.

“ Mat kata,kalau mat dpt hafal Matan ajrumiah nanti, abi bawak balik ummi ya. Mat rindu sgt kat ummi, dr dulu mat x jumpa ummi. Mat nak peluk dan cium ummi. Mat nak cakap kat ummi
“ummi ummi, abi ni nakal la,selalu mengusik mat” mat nak ummi cubit pipi Abi,hehe. Sambungnya lg, “Tok ma bgtau Mat, ummi cantik, solehah, pandai jaga hati mertua. Tok ma ckp dia syg sgt kat ummi. Tok ma juga ckp ummi suka pakai purdah, Mat selalu nampak akak2 kat pondok ni pakai purdah. Cantik kan abi?”

Amboi,budak ni.sempat berseloroh pulak.detus hati kecilku. “ em, ok la syg, abi akan cuba” kataku perlahan,sayup2 dlm hiba sambil aku memeluk erat anak itu. Aku cuba sembunyikan pandangn mata yg brkaca ini. “ mat tidak tahu sbnrnya sayang, bukan abi x mahu bw ummi balik,tapi abi…….” Aku xdpt mghbiskn kata2 itu wlupun ia skdar brmonolog di dlm hati. Pahit utk kuteruskan. Entahla.

***

“ Terima kasih sayang,kerana lahirkan seorg mujahid utk abg”. Itu ucapan prtama yg keluar dr mulutku sebaik selesai mgalunkan azan dan iqamah di telinga bayi lelaki comel yg baru lahir itu. Isteriku yg keletihan cuba membuka mata sambil tersenyum dgn bibir yg hambar brbicara “ itulah yg Siti dpt berikan pada abg ya, anak kecil itu sbg pengikat kasih antara kita berdua”. Dia menyambung “ dialah mutiara hidup kita berdua,abg jaga dia baik2 ya”. “ Siti nak dia jd org alim mcm abg”,ujarnya smbil mengenyitkan mata.

Aku mngangguk lembut. Melayan kerenah isteri yg suka mengusik. Teringat waktu perkenalan kami berdua. Kami dipertemukan oleh shbt kami swktu msh menuntut dahulu. Dia yg nak jodohkan kami. Alasannya, kami cukup serasi hidup bersama.

Sepanjang aku mengenalinya pun,memang dia seorang yg lemah lembut. Orgnya cukup tabah dan penyabar. Jiwanya juga cukup kental utk membantu perjuangan Islam. Itulah yg membuatkan aku menerimanya sbg tetamu hati,yg melakar memoir indah dlm hidupku. Perkenalan yg cukup singkat,akhirnya kami diijabkabulkan. Dia sah bergelar isteriku.

Malam pertama perkahwinan kami, dia btnya lembut “ abg,boleh tak siti tau kenapa abg pilih siti sbg teman hidup abg, kan ramai lg muslimat2 kat luar sana tu yg lebh baik dr Siti?. Aku menoleh dan trsenyum “ kenapa ya siti, siti x percaya kat abg ya” aku cuba mengusik.

Dgn bibir mulut yg sengaja dimuncungkan, dia merengek mesra sambil matanya terpejam “ yalah, abg ni kan org yg ada nama,org hebat, faqih dlm ilmu agama lg” < “ siti ni siapa la kan,org biasa biasa je, banyak kekurangannya”. Oh begitu rupanya. Aku cuba menyelami apa yg brsarang di hati insan itu.

“ tapi siti pilih abg bukan kerana abg ada nama kan,bukan kerana org kata abg ni hebat kan, tapi siti pilih abg krn siti nak tumpang ilmu abg. Siti nak abg jaga hidup siti selamat dunia akhirat kan?” aku pula bertanya.

Seminggu sebelum kahwin dulu pun,aku bertanya padanya “ Nti x menyesal ke nak pilih ana ni, tak menyesal dunia dan akhirat ke?”. Aku mengulangi pertanyaanku itu sbyk 3 kali. Aku betul2 mahu cermat di sini,agar tidak timbul penyesalan hatta terdetik di hatinya utk menyesal hidup dgnku. Laksana menarik rambut dlm tepung. Begitulah cermatnya aku dlm membuat penilaian sebegini.

Dia tersipu2 malu,namun akhirnya mnjwb dgn kata2 yg aku pegang sampai ke hr ini, “ insyaAllah, ana tak menyesal pilih enta, dunia dan akhirat”. Aku menarik nafas lega seraya mengucpkn satu janji “ syukaran nti, janji ana, ana akan jaga nti dari hidup sampai ke mati dan dari dunia sampai ke akhirat” itulah janji ana. Dulu, kini dan selamanya”.

Belum sempat dia mnjwb soalanku,aku mengusap lembut kepalanya dan mataku merenung tepat ke matanya. Biar terpancar chaya keikhlasnku di situ. Aku menarik nafas panjang dan bersuara lembut “ siti, abg pilih siti bukan kerana siti org ada harta,juga bukan kerana siti ada rupa, tapi abg pilih siti kerana siti sgt istimewa buat abg” “ sukar diungkapkan melalui kata2”.

Aku menyambung lagi “ siti nak tahu,kalu abg pandg wajah siti,hati abg rasa sayu dan hiba. Jiwa abg lembut utk menangis siti. Abg rasa sayu krn siti merupakan org yg menyelamatkan abg. Semua ini tiada pada org lain sayang”.

“ siti menyelamatkan abg dr terjerumus ke jurang maksiat,juga yg paling utama, siti mjd penyelamat dan pelengkap kpd agama abg” “ wajah siti bawa abg ingat kpd Allah dan semakin takjub abg dgn kebesaran dan kehebatan Allah,menciptakan kita semua”. Pada diri siti, semua itu berlaku. Itulah istimewanya Siti buat abg. Bg abg, sitilah org yg terbaik buat abg, menemani abg utk meneruskan hidup ini bg menggapai cinta hakiki, cinta yg abg nanti-nantikan. Cinta dari Allah, sayang”.

Selepas itu,aku terus menukar mood perbualan agar suasana btukar ceria. “ abg nak tanya sesuatu, boleh x?”. dia mnjwb “ tanya apa ya,bang?” “ abg nak tanya,masa kecik2 dulu siti ni suka mengusik org tak” kataku diiringi gelak tawa kecil. Sengaja aku bertanya begitu. “ Mm, bg abg, siti ni mcm mana,suka mengusik ke? Abg tu yg lebih2 mengusik,pening siti dibuatnya. Tak tahu nak buat mcm mana” dia mengomel.

“ bg abg la, siti ni bukan sekadar suka mengusik ,tapi nakal, xdgr kata,juga sorng yg manja” bisiku pd telinganya. Mendengarkan begitu, tangannya trus mggeletek aku. “oh, rupanya dia dah tau rahsia abg, x boleh digeletek”. Aku menyambung
“ betullah yg siti ni suka mengusik”.

Dia membalas lembut “ amboi abg ni, dia yg suka mengusik,dikata kita pulak. Takpe,takpe hah ambik ni”. Dia masih lg mnggeletek aku. Aku yg memang dr dulu sgt geli bila digeletek cuba menepis. Sambil tersenyum panjang, dia brbahasa
“hah, penakut jugak rupanya si lelaki sorang ni,ingatkan berani”.

Aku masih menepis lembut tangannya seraya berkata “yalah,berani dgn musuh Allah,tapi takut dgn isteri sendiri”. Hehe.keh keh. Kami ketawa bersama. Suasana diselubungi kebahagiaan ketika itu. Kedengaran di luar, hujan turun renyai-renyai. Moga malam ini berlalu penuh Maghfirah dan rahmat drMu ya Allah. Detusku dlm hati.
****

“Abi, abi menangis ke?” soal anakku Muhammad bila dia perasan lama aku memeluknya. Cepat2 aku mengesat air mata yg mengalir. Rasa malu pd anak kecil itu. “eh, xdalah abi sedih nak tinggalkan Mat je” dalihku perlahan.

“ maafkan mat ya abi, lain kali mat xkan tanya pasal ummi lagi ya”. Ucap anakku. Tersentak jantungku mendgrkan kata2 begitu. Aku lantas memeluknya buat kali kedua. Kali ini aku xdpt sembunyikan lg air mata ini. Ia mengalir lebih laju.

“ tidak wahai anakku,itu hakmu utk brtanyakn tentang ibumu . Abi yg salah. Abi yg salah kerana sembunyikan perkara sebenar ini” bisikku dlm hati. Tak mampu kuungkapkan melalui kata2 lisan walhal aku sgt fasih brbicara.

“ ok lah sayang,pergi masuk belajr ya nak,belajar rajin2 tau” aku cuba mngukir senyuman pahit sambil mncubit manja pipinya. Selepas brsalaman dan mengucup dahinya,aku lepaskan dia pergi. Dia berlari2 anak mndptkan teman seusianya yg sedang bermain. Dr jauh,dia brteriak “doakn mat ya abi,mat nak belajr agama sungguh2,nak jd mcm abi.boleh mengajar di masjid dan surau. Dan mat nak bela agama mcm abi selalu pesan kat mat ya”. Dia menguntum sebuah senyuman manis sebelum hilang dr pandanganku.

“ Ya Allah, jiwaku mjd sayu lg. Terpancar iras isteriku ketika dia senyum. Manisnya spt ibunya,dgn senyum simpulnya. Bahkan dia anak kecil yg sabar dan tabah,juga spt ibunya.


********


cerita Qurrota'aini ni bakal bersambung...

Thursday, October 1, 2009

Eh,Sejuknya Air Itu Vol 4...

"Ana renung wajahnya ustaz,dan ana tengok bagaimana keadaan Imam Abu Hanifah tu sewaktu ditahan dlm penjara" sambungku lagi " ana dapat tengok wajah tua yg putih bersih cumanya sedikit mendiamkan diri.air mukanya sugul tetapi penuh dgn ketenangan".aku menceritakan mimpiku itu kpd salah seorang ustazku semasa balik bercuti dr pondok pd hujung minggu.

" Ada dia tanya enta apa-apa tak" soal ustaz spontan." tak ada,cuma ana je yg melihatnya,tu pun dlm jarak yg sgt dekat.tapi ana tak mampu berbuat apa-apa".jawabku lagi.selepas itu,ustaz terus mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang ulasan.aku juga terkelu seribu bahasa.aku mimpi bertemu dgn imam abu hanifah,yang sewaktu tu ditahan dlm penjara.aku melihatnya dgn jelas,tapi sekadar melihat.

aku pulang ke rumah sambil cuba memikirkan apa yg aku mimpi sebelum ini.pernah satu malam,aku mimpi melihat diriku dlam keadaan berjubah putih,kopiah putih dan berserban putih.lagi,aku berada dlm keadaan cahaya yg sgt kuning.memang sgt bercahaya.ia seterang cahaya bulan penuh.

Allah,aku bermunajat keseorangan.sekadar aku tahu,mimpi adalah mainan tidur semata.tidak lebih dr itu.kadang-kadang mimpi boleh jadi bisikan dan gangguan jin & syaitan yg menyesatkan.Ya Allah,hambaMu ni keliru..apakah mimpi yg aku dapat ni?

bila pondok dibuka balik,aku masih lagi cuba mencari jawapan tersebut.namun aku hanya mendiamkan diri.takut utk mengutarakan persoalan begini.akhirnya aku bertemu jawapan berkaitan dgn mimpi yg mana mimpi terbahagi kpd 3 bahagian,inipun melalui kupasan Tok Guru Nik Aziz semasa mendengar kuliah jumaat tok guru.sedikit panjang nak hurai tentang mimpi 3 bahagi ni.

namun,berkaitan dgn mimpiku itu,aku masih lg senyap sampai ke hari ini.apakah jawapannya,aku pun tidak pasti.cumanya,aku bermohon kepada Allah agar aku jauh dr sebarang benda mungkar dan jiwa aku sentiasa bertakwa kpd Allah.

teringat lagi tentang pengajian aqidah di pondok,bagaimana kasihnya Allah Taala kpd hambanya yg cuba utk mendekatkan diri kepadaNya.aku pun waktu itu,masih lagi menggiatkan usaha belajar dan cuba mendekatkan diri kepada Allah.Ba banyak mensyarahkan sesuatu yg aku rasa kena tepat berkaitan diriku.

bila berbicara soal dosa dan pahala,soal Ba kenapa kita takut nak buat pahala tapi berani buat dosa? bila berbicara soal syurga dan neraka kenapa kita buat ibadat kpd Allah krn nakkan syurga dan tak nak masuk neraka? kan syurga dan neraka itu makhluk Allah Taala? adakah kita makhluk berhajat sesama makhluk?

bukan ke kita ni milik Allah secara mutlak? maka,terserahlah kpd Allah nak lempar kita ke mana.ke syurga atau neraka? dek kerana kita diberitakan tentang syurga ni begini begini,maka kita nakkan syurga.kita juga digambarkan dgn neraka ni begini begini maka kita xnak masuk neraka.

cuba kita gambarkan yg syurga itu sebaliknya,maksudnya syurga ni penuh dgn penderitaan dan neraka pula penuh dgn kesenangan,maka sekarang apa jawapan kita? masih mahukan syurga dan masih takutkan neraka?

nilah majaz.aku pun waktu itu tidak mengerti sgt.bila2 lg disyarah tentang pengertian aqidah yg mendalam.maka teringat satu hadis qudsi yg berbunyi lebih kurang begini

"aku kasih kpd hambaku lebih dr dia kasih kepadaku,jika dia mendekatiku sejengkal aku mendekatinya sehasta.jika dia mendekatiku sehasta aku mendekatinya sedepa.jika dia datang kepadaku dgn berjalan maka aku pergi kepadanya dgn berlari"

aku pada waktu itu yg cuba mencari kebenaran sebenar mohon sungguh-sungguh dgn Allah Taala tunjukkan aku dgn cahaya sebenar.aku tak mahu sekejap aku belajar agama,kemudian aku patah balik dgn style lama,hidup dlm kebuntuan kejahilan.aku takut.sangat takut kekal dlm hidup yg tidak meletakkan agama sbg panduan di hadapan.

bila bermunajat dan berzikir di malam hari,aku paksakan diri dhaif ini menangis.menangis menyesali dosa-dosa dahulu.dosa dgn mak ayah.terutamanya mak.mak banyak menitiskan air mata dlm membesarkan aku.juga dosa dgn adik beradik,dan dosa dgn sekalian mereka yg terlibat.

aku pohon juga taubat tentang dosa aku dgn Allah krn sejak akil baligh,aku masih lg tidak mengerti apa peranan aku sbg hambaMu Ya Allah." ampunkan aku,maafkan aku,kasihanilah aku wahai yg Maha Mengasihani,rintihku sayu. begitulah perilaku diriku sekian waktu utk dapat keteguhan dan istiqamah pada jalan agama.

pesan Ba dan tok guru nik aziz sewaktu kuliah " kita bila munajt,menangis lah depan Allah,luah semua sekali masalah kita kpd Dia krn Allah tahu segalanya tentang kita,kita mennngis tanda kita ni hina sungguh depan Dia". aku teringat sgt kata-kata keramat itu,sehingga hari ini..

maka,aku cuba mengerti maksud hadis qudsi tersebut dgn beberapa muzakarah dan pengajian ilmu..aku sedikit mengerti tapi masih samar-samar..mungkin kegelapn di hatiku yg menghijab semua ni.ia masih lagi tak tersingkap rahsianya ke hari ini..

aku membuat kesimpulan awal,bahwa jika begitu keadaannya maka akulah yg kotor sebenarnya..cahaya tak menembusi tempat yg kotor.maka hati aku yg kotor,jelik dan menjengkelkan.