Thursday, October 22, 2009

Qurrotul'aini 3


“ Abi, abi tak mengajar ke malam ni, jauh termenung”, tegur anakku Muhammad yang ketika itu sudah berusia 36 tahun. Dia juga sudah beristeri dan mempunyai 2 orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki bernama Uwais Al-Qarni dan yang perempuan diberi nama Rabiatul Adawiyah. Keduanya berusia 6 dan 4 tahun. Uwais anak yang sulung.

Yang teruja, nama isteri anakku sama dengan nama ibunya. Mungkin itu takdir Allah Taala kepada anakku. Dia tak pernah mendapat kasih sayang dari ibunya dan membesar tanpa belaian manja seorang ibu. Mungkin Allah aturkan begitu untuk dia berkongsi suka dan dukanya dengan insan yang sama nama dengan ibunya.

Maha bijak percaturan Allah. Pengatur dan pentadbir segala sesuatu. “ eh, taklah Mat, abi sedang memikirkan satu benda sahaja, betapa Allah bijak mengatur kehidupan kita semua”, aku berdalih. “ mat gantikan abi malam ni boleh, abi rasa penat sikit la”. Aku bersuara lembut padanya.

Aku biasanya akan mengajar orang kampung yang datang ke masjid. Masjid itu cuma bersebelahan dengan rumahku. Aku membinanya bersama-sama dengan penduduk kampung hasil duit sumbangan orang ramai. Aku cuba menolak anakku untuk menggantikanku pada malam tersebut.

Selepas belajar di pondok, dia menyambung pengajiannya di Syria, kemudian ke Mesir, akhir sekali ke Jordan. Sekarang dia membuka sekolah menengah agama persendirian dan menjadi mudir di situ. Dia juga aktif dalam pentas perjuangan Islam, bersama-sama denganku dalam satu rangka jemaah Islam.

“ Mat, seminggu dua ni abi asyik teringatkan ummi Mat la, kenapa ya, abi rasa rindu nak jumpa ummi” aku berceloteh seperti kanak-kanak kecil. Lama aku tak bergurau dengan anakku itu. Yang biasa diusik dan mengusik, 2 orang cucu kesayanganku lebih-lebih lagi Rabiah, wajahnya ada iras neneknya.

Dia juga jenis anak kecil yang banyak cakap. Geram aku melihatnya. Pernah satu hari dia bergurau denganku “ atuk, kenapa ya adik tengok janggut atuk warna putih, tapi janggut papa warna hitam, atuk tak suka Colour hitam ya” keh.keh. dia tergelak.
Aku juga tergelak. Melihat telatah cucu kecil itu. Dia dan abangnya, Uwais sama sahaja, sangat suka mengusik, macam atuknya dahulu. Hehe...

Tapi ada satu gurauannya yang buat aku terkesima. Dia pernah bergurau “ atuk, boleh adik tanya rupa nenek macam mana ya?” papa cakap kat adik rupa nenek ada sama dengan adik, betul ke? Tapi adik tak percaya la, adik rasa mesti nenek macam rupa pelakon dalam TV kan?

“ papa juga cakap atuk sayang sangat kat nenek, papa suruh adik jadi macam nenek, barulah atuk sayang adik kan?”dia mengomel makin panjang. Dia menyambung “papa cakap, bila adik besar,adik kena selalu sebut nama Allah. Barulah Allah sayang kat kita kan?”

Kali ini, aku cuma mengusap lembut kepalanya. Bukan tidak mahu menjawab, tetapi biarlah anak kecil itu belajar sendiri memahami rentak-rentak hidup. Orang tua sebagai pedoman dan ada kalanya berikan teguran yang membimbing jiwa anak kecil seperti itu. Kerana mereka perlukan dorongan.

“ boleh kan Mat, gantikan abi ya?” soalku bila nampak dia mendiamkan diri. “ em, insyaAllah, tapi kalau abi rasa lain macam, bagitau Mat ya, Mat bawa abi pergi klinik malam nanti ”. Aku menganguk lembut. Azan maghrib berkumandang.

Kami bergegas solat maghrib berjemaah. Kelihatan ahli jemaah sudah ramai yang hadir untuk mendengar kuliah agama. Selepas solat maghrib, aku juga duduk di situ. Mendengar kuliah yang disampaikan oleh anakku.

Melihat gayanya,rasa nak tergelak. Macam ayahnya. Dengan bahasanya, gaya badannya, tak ubah macam ayahnya waktu muda-muda dahulu. Bahkan, orang kampung pun sering mengatakan, Ustaz Mat macam copy paste dengan ayahnya.

Masa tu, teringat aku pada pesan arwah isteri dahulu “ abang jaga anak kita baik-baik ya, Siti nak dia jadi macam abang ”. kini, amanah abang sudah selesai. Abang dah tunaikan janji abang untuk didik dan jaga anak kita baik-baik. Untuk jadikan dia hamba yang takut kepada Allah. Abang rendam takwa dalam hatinya agar dia jijik berbuat maksiat kepada Allah dan rindu hatinya kepada Allah.

Selesai kuliah, kami solat isyak berjemaah. Kepalaku sudah rasa pening-pening. Badanku juga terasa lain macam. Namun kugagahkan jua untuk meghadap Allah dalam solat. Selesai solat, aku bersalaman dengan ahli jemaah, dan semua sahabat-sahabatku yang hadir.

Aku melambaikan tangan kepada mereka sebagai tanda kemaafan. Aku boleh merasakan waktuku sudah dekat, waktu untuk kembali bertemu siapa Penciptaku. “ Mat, abi nak balik tidur jap, rasa letih sangat la” aku memberitahu anakku dengan suara yang hampir tenggelam. “ pagi nanti kejut abi ya, kita qiamullail bersama nanti, itu pun kalau abi sedar ya,” kali ni aku cuba tersengih, menyembunyikan perasaan pada anakku itu.

Anakku mengangguk dengan wajah yang sedikit sayu. Balik ke rumah, aku mengambil wuduk dan bersedia ke tempat pembaringan. Badan terasa makin berat. Rasa letih dan dada berkocak kencang. Doaku, kalau Allah mengambil nyawaku, matikan aku dalam husnul khatimah. Saat kembali bertemu Allah, saat yang menggusarkan namun aku mengharapkan sangat kasihan belasNya.

Antara takut dan harap yang sangat. Mudah-mudahan Allah terima amalanku dan redha denganku. Mungkin ini tidur yang terakhir. Siapa tahu. Pintaku jua,lama aku berpisah dengan isteriku dahulu, pertemukan kami nanti disyurgaMu wahai Allah, Zat yang Maha pengasih kepada hambaNya.Anta maqsudi, wa ridhoka matlubi..

Tamat......

**************
Terima kasih kepada semua pembaca yang mengikuti cerita Qurrotul’aini ini. Saya mendapat komen mengatakan cerita ni cerita betul. Oh tidak, ia rekaan semata-mata.
Ia cuma mencuit jiwa muda yang inginkan kebahagiaan. Ia ibarat taman yang subur dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni.

Ramai juga yang komen, ada kaitan dengan hidup saya ke? Secara berseloroh dan sedikit serius, saya menjawab ya. Cerita ini ditujukan khusus kepada kakak yang saya kasihi dunia dan Akhirat, Siti Hajar Binti Mohd Noor.

Namun, Qurrotul’aini sebenar setakat ni dalam proses perbincangan. Ye ke saya ni?:) Apapun, orangnya boleh dikatakan sama watak dengan Siti dalam cerita ni. Maksud saya, ciri muslimat tersebut. Saya bergurau? mungkin ya, mungkin tidak.


Oh, lupa bagitau namanya. Usah anda berteka-teki. Namanya sama dengan nama arwah isteri tuan guru saya. Anda pergilah ke Pondok sana. Jawapan ada di situ.di tangan tuan guru saya.keh..keh.

Dialah pilihan saya. Hehe...anda kenal dia? sekali lagi, mungkin ya, mungkin tidak. Maka, saya mengatakan, saya ingin tawakkuf di sini, Cuma, tolong doakan saya. Bertemu pada cerpen yang lain..

2 comments: