Saturday, October 24, 2009

Salam Perjuangan,Salam Penulisan,Bingkisan Pejuang Dari Saya

Salam

Terima kasih kepada pembaca yang memberi komen atas cerpen yang saya tulis. Ringkasnya, memang saya minat menulis, cumanya sebelum ni mungkin disebabkan masa yang terhad, ketidakmampuan saya sendiri untuk berada di atas pentas penulisan dan mungkin pengalaman yang masih cetek.

Apapun, saya cuba mulakan madah penulisan saya dengan cerpen Qurrotul'aini. Alhamdulillah,kata orang, ceritanya meruntun hati dan perasaan.

Maka, terlintas di hati saya selepas mendengar pandangan daripada seorang hamba Allah yang sangat saya kasihi untuk menyambung cerpen berjudul " Monolog Hamba Dengan Pencipta". ia bakal mengupas tentang persoalan hamba itu sendiri,dalam kesayupan malam bergema alunan zikir dari lidah yang pada awalnya kelu dan berat menuturkan nama Zat yang Maha Agung.


Cerita ini insyaAllah akan saya cuba semampu mungkin untuk berkongsi panduan rohani dalam berbicara dengan Pencipta kita.

Saya amat-amat memerlukan komen,kritikan membina,cadangan idea untuk bekalan diri saya yang baru bertatih ini.

Mudah-mudahan cerita ini nanti memberi manfat kepada kita semua. Saya mengundur diri dengan mengatakan insyaAllah cerita ini akan keluar secepat mungkin. Secepat masa yang dikurniakan Allah kepada saya untuk berkarya.

1 comment:

  1. Salam,

    jika pemilik blog ini benar-benar berminat, mungkin dapat juga dibuat proposal novel untuk dihantar ke syarikat penerbitan.. Ianya lebih menjamin pemasaran...

    Sekarang banyak syarikat yang mahukan penulisan kreatif yang menjadikan agama sebagai inti cerita...

    Pernah baca novel hilal asyraf? Boleh belajar dari dia... Juga novel Hlovate... Sekadar cadangan.
    Tahniah atas perkembangan penulisan yang makin cerah!

    ReplyDelete