Friday, January 15, 2010

Satu Lagi Peluang Yang Saya Nanti-nantikan...Bilakah Agaknya???

Syukur kepada Allah S.W.T kerana pada beberapa 2 malam yang lepas saya diizinkan untuk berkongsi sedikit pandangan dan ilmu atas majlis yang dianjurkan..

pertama sekali, forum anjuran ALA ( Arabic Language Association ) bertempat di mini auditorium, UIA Gombak..lucu rasanya bila seorang sahabat menelefon saya secara tergesa-gesa sewaktu saya bergegas untuk ke masjid bagi mengerjakan solat maghrib berjemaah..

katanya, mintak saya bersetuju untuk menjadi panelist bagi menggantikan ustaz yang tak dapat hadir..forum akan bermula selepas solat isyak katanya..tersenyum sendirian saya kerana memang on the spot..hehe..

Wah, jadi bidan terjun la aku..bisik saya dalam hati..apapun, memikirkan itu majlis kendalian sahabt-sahabat saya agar tidak timbul sebarang masalah dari sudut pihak urusetia,saya pun bersetuju..maka berlangsunglah forum pada malam itu dengan tajuk " Bila Lagi Mahu Berubah ".

masa yang diberi pihak penganjur cukup untuk saya mengupasnya secara berjenaka..banyak cerita-cerita lucu yang saya kongsikan pada malam itu seperti cerita 2 ekor katak dan 2 ekor tikus..

saya sendiri pun berpuas hati walaupun audiens tak begitu ramai namun dengan gandingan dengan rakan panelist Ustaz Fakhruzzaki dari Ma'ruf Club cukup menyenangkan..

saya menutup forum itu dengan melontarkan persoalan kalau bukan sekarang kita berubah,bila lagi? kalau bukan di sini, di mana lagi? dan kalau bukan kita yang berubah, SIAPA lagi?

yang kedua, saya diberi ruang kali pertama untuk menyampaikan kuliah maghrib di salah sebuah masjid..teruja rasanya..kalau sebelum ini, saya hanya berkuliah maghrib di surau-surau, namun malam selepas berlangsung forum itu, saya berkuliah pula di masjid.

ahli jemaah yang ramai dan kehadiran orang-orang yang berkerjaya tinggi membuatkan semangat saya semakin membara-bara..saya hulurkan tajuk kuliah saya yang bertajuk " Istimewanya Makhluk Bergelar Manusia " pada malam tersebut.

Alhamdulillah, hampir sejam mengupasnya dengan selingan-selingan cerita yang mencuit hati para jemaah masjid membuatkan saya tenggelam dalam keasyikan berceramah..namun saya tak memanjangkan kalam saya kerana saya dan 4 sahabat karib saya iaitu Faiz, Izzaz, Syafie dan Hafizul Faris yang turut ikut sekali ke tempat kuliah terpaksa bergegas untuk AGM SRC pula di UIAM Gombak..

saya yang begitu teruja diberi peluang berceramah di masjid seakan-akan melupakan keesokkan harinya saya ada mid term test..namun, keseronokan berceramah mengatasi semua itu..

jauh di sudut hati saya, bila pula masanya untuk saya pula beraksi di pentas politik pada usia yang muda ini? kalau surau dan masjid sudah saya kunjungi, pentas politik bila pula agaknya?

yang pastinya, saya akan berusaha ke arah itu nanti..hehe..doakan...

Friday, January 8, 2010

Satu Lontaran Perjuangan..

Lambaian perjuangan kepada semua,

saya cuba membawa satu isu yang saya pening memikirkannya..saya gelarkan ia sebagai satu "lontaran" kerana mungkin ianya betul atau mungkin juga tidak.

Hingga saat ini, secara seriusnya saya dapat bergerak secara abnaul harakah diatas gelanggang perjuangan yang terbuka luas ini...

seriusnya juga, banyak persoalan yang berlegar-legar dalam kepala saya hingga saya keliru mmikirkannya..mungkin saya yang cetek ilmu, namun saya ingin mengerti jua apakah masalah itu, punca-puncanya dan jalan penyelesaian yang boleh diambil..

jujurnya, saya secara terbuka akan membelek lembaran lama kehidupan sebagai ahli gerakan untuk saya lontarkan butir bicara saya nanti..tidak lama lagi,akan saya postkan..

mungkin butir bicara ini sedikit hambar, namun ia ada bisa tersendiri..

Thursday, January 7, 2010

Sekadar Omong


Duhai jiwa pejuang..

satu lontaran ringkas dari diriku..sekadar monolog diriku..

Demi Islam yang kucintai..berbaiahkan Allah dan Rasulullah sebagai pundi perjuangan, akanku ku teruskan dan ku pacu jalan perjuangan ini walaupun aku terpaksa korbankan masa, tenaga, wang ringgit hatta darah sekalipun sanggup ku titiskan semata-mata untukMU wahai Allah dan untukmu Wahai Rasulullah..

aku ingin sekali di mahsyar nanti engkau berseru " Wahai nabi-nabi dan rasul-rasul Allah sekalian, lihatlah umatku ini. Namanya Abdullah. Aku bangga terhadapnya kerana dia tetap teguh dengan sunnahku pada waktu mereka yang lain jijik dan benci pada sunnahku. Hari ini, dia bersama-sama aku, aku penjamin baginya ".

Dan sungguh, inilah impian hidupku..dan tidak rela sama sekali aku untuk melihat hancurnya harapanmu padaku.. SUNGGUH!!! saat berkecainya harapanmu padaku adalah saat yang sangat aku takuti dan geruni...

Allah..jauh disudut hati ini aku sering merintih ketakutan bersendirian..ingin sekali aku melihat wajah yang bercahaya itu tidak menangis dan sedih lagi di mahsyar sana kerana sudah banyak kali kesedihan, kedukaan dan keperitan menyelimuti susuk tubuh itu..

bahkan, aku ingin melihat engkau tersenyum wahai Rasulullah..tersenyum padaku..dan engkau mengangkat kedua-dua tanganmu untuk memelukku lantas ingin sekali aku memeluk manja dirimu itu..akan ku kucup tanganmu dan pipimu sepuas-puasku nanti..

Demi Allah, itu tekadku..rindunya aku padamu..
Tunggu kehadiranku wahai nabi Junjunganku...