Friday, January 15, 2010

Satu Lagi Peluang Yang Saya Nanti-nantikan...Bilakah Agaknya???

Syukur kepada Allah S.W.T kerana pada beberapa 2 malam yang lepas saya diizinkan untuk berkongsi sedikit pandangan dan ilmu atas majlis yang dianjurkan..

pertama sekali, forum anjuran ALA ( Arabic Language Association ) bertempat di mini auditorium, UIA Gombak..lucu rasanya bila seorang sahabat menelefon saya secara tergesa-gesa sewaktu saya bergegas untuk ke masjid bagi mengerjakan solat maghrib berjemaah..

katanya, mintak saya bersetuju untuk menjadi panelist bagi menggantikan ustaz yang tak dapat hadir..forum akan bermula selepas solat isyak katanya..tersenyum sendirian saya kerana memang on the spot..hehe..

Wah, jadi bidan terjun la aku..bisik saya dalam hati..apapun, memikirkan itu majlis kendalian sahabt-sahabat saya agar tidak timbul sebarang masalah dari sudut pihak urusetia,saya pun bersetuju..maka berlangsunglah forum pada malam itu dengan tajuk " Bila Lagi Mahu Berubah ".

masa yang diberi pihak penganjur cukup untuk saya mengupasnya secara berjenaka..banyak cerita-cerita lucu yang saya kongsikan pada malam itu seperti cerita 2 ekor katak dan 2 ekor tikus..

saya sendiri pun berpuas hati walaupun audiens tak begitu ramai namun dengan gandingan dengan rakan panelist Ustaz Fakhruzzaki dari Ma'ruf Club cukup menyenangkan..

saya menutup forum itu dengan melontarkan persoalan kalau bukan sekarang kita berubah,bila lagi? kalau bukan di sini, di mana lagi? dan kalau bukan kita yang berubah, SIAPA lagi?

yang kedua, saya diberi ruang kali pertama untuk menyampaikan kuliah maghrib di salah sebuah masjid..teruja rasanya..kalau sebelum ini, saya hanya berkuliah maghrib di surau-surau, namun malam selepas berlangsung forum itu, saya berkuliah pula di masjid.

ahli jemaah yang ramai dan kehadiran orang-orang yang berkerjaya tinggi membuatkan semangat saya semakin membara-bara..saya hulurkan tajuk kuliah saya yang bertajuk " Istimewanya Makhluk Bergelar Manusia " pada malam tersebut.

Alhamdulillah, hampir sejam mengupasnya dengan selingan-selingan cerita yang mencuit hati para jemaah masjid membuatkan saya tenggelam dalam keasyikan berceramah..namun saya tak memanjangkan kalam saya kerana saya dan 4 sahabat karib saya iaitu Faiz, Izzaz, Syafie dan Hafizul Faris yang turut ikut sekali ke tempat kuliah terpaksa bergegas untuk AGM SRC pula di UIAM Gombak..

saya yang begitu teruja diberi peluang berceramah di masjid seakan-akan melupakan keesokkan harinya saya ada mid term test..namun, keseronokan berceramah mengatasi semua itu..

jauh di sudut hati saya, bila pula masanya untuk saya pula beraksi di pentas politik pada usia yang muda ini? kalau surau dan masjid sudah saya kunjungi, pentas politik bila pula agaknya?

yang pastinya, saya akan berusaha ke arah itu nanti..hehe..doakan...

No comments:

Post a Comment